awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Semua perkhidmatan awam di Sabah dibenar beroperasi seperti biasa

Bernama
Bernama
14/05/2020
05:58 MYT
PKPB: Semua perkhidmatan awam di Sabah dibenar beroperasi seperti biasa
Semua ketua agensi diingatkan untuk memastikan bahawa semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya di pejabat. Gambar hiasan
Semua perkhidmatan awam negeri Sabah dibenar beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa sehingga 9 Jun depan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata keputusan itu dibuat untuk memastikan perkhidmatan kerajaan negeri berada di tahap yang cekap dan berkesan.
"Namun semua perkhidmatan awam kerajaan negeri perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dari semasa ke semasa.
"Kehadiran kakitangan di organisasi masing-masing hendaklah sekurang-kurangnya 60 peratus di pejabat dan 40 peratus bekerja dari rumah. Penjadualan kerja hendaklah mengambil kira kebajikan, keselamatan dan penggiliran kakitangan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Beliau juga berkata penggunaan aplikasi dalam talian adalah digalakkan dan diperluaskan untuk meminimumkan kehadiran pelanggan di kaunter dan pejabat kerajaan.
"Ketua agensi diberi kuasa untuk menentukan penggiliran kakitangan yang perlu hadir ke pejabat dan yang bekerja dari rumah. Bagaimanapun, ketua jabatan boleh mengeluarkan arahan bekerja kepada mana-mana kakitangan di bawah jagaan masing-masing yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan kerajaan dari semasa ke semasa.
"Semua ketua agensi diingatkan untuk memastikan bahawa semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya oleh kakitangan masing-masing bagi memastikan tidak berlaku penularan COVID-19 di tempat kerja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beroperasi seperti biasa
#mata pencarian
#PKPB
#Sabah
#Safar Untong
#sektor ekonomi
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan