awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Solat Jumaat di Terengganu bermula 22 Mei, tiada solat Aidilfitri di masjid - MAIDAM

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
15/05/2020
04:17 MYT
PKPB: Solat Jumaat di Terengganu bermula 22 Mei, tiada solat Aidilfitri di masjid - MAIDAM
MAIDAM: Pelaksanaan solat Jumaat sepanjang tempoh PKPB bermula dari 22 Mei dengan syarat-syarat yang ditetapkan. - Gambar Facebook@Masjid Abidin (Masjid Negeri Terengganu)
Kerajaan negeri Terengganu mengambil pendekatan sama seperti di beberapa buah negeri lain untuk membenarkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 22 Mei depan.
Menerusi kenyataan diedarkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), kelonggaran itu juga hanya membenarkan satu masjid untuk satu daerah sahaja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
MAIDAM berkata, selain bilangan ahli jemaah tidak melebihi 40 orang, beberapa syarat lain juga perlu dipatuhi.
“Pegawai agama daerah bertanggungjawab dalam mengenalpasti jemaah yang akan menghadiri solat Jumaat. Catatan butiran diri ahli jemaah perlu dicatat dengan teliti.
“Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas tidak dibenarkan hadir,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, kata MAIDAM, setiap yang diizinkan hadir hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran selain memakai penutup mulut dan hidung termasuk ketika menunaikan solat.
“Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema tidak dibenarkan hadir.
“Begitu juga mereka yang mempunyai sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan sebagainya, juga tidak dibenarkan hadir,” ujarnya.
Syarat-syarat lain ialah:-
  • Mestilah berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah sendiri.
  • Khutbah hendaklah ditumpukan kepada rukun sahaja dengan mengambil kira tidak lebih daripada tujuh minit untuk kedua-dua khutbah.
  • Sembahyang sembahyang sunat adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh berada di dalam masjid kecuali solat sunat Tahiyyatul Masjid.
  • Setelah selesai solat semua yang hadir hendaklah terus beredar meninggalkan kawasan masjid.
“Masjid yang tidak mampu untuk memenuhi kesemua syarat dan panduan yang ditetapkan, tidak dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat berkenaan,” kata kenyataan itu.
Bagi pelaksanaan sembahyang fardhu lima waktu secara berjemaah di masjid pula, hanya dibenarkan tiga orang sahaja terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid dan pegawai masjid secara bergilir-gilir dengan mematuhi syarat-syarat berkaitan.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu juga memutuskan tiada solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau pada 1 Syawal ini.
Keputusan mengenai kebenaran aktiviti ibadat di masjid dan surau dalam Negeri Terengganu, setelah diperkenankan oleh KDYMM Sultan Terengganu. pic.twitter.com/7txMoVBxIS
— Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (@DrAhmadSamsuri) May 15, 2020
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Jawatankuasa fatwa terengganu
#MAIDAM Terengganu
#masjid
#Masjid Abidin
#PKPB
#solat berjemaah
#Solat Jumaat
#Solat sunat hari raya
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan