KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 13 lokaliti sementara lima lokaliti ditamatkan manakala tiga lagi lokaliti dilanjutkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, lokaliti baharu ini membabitkan negeri Johor, Kelantan, Sabah, Perak dan Selangor, bermula 6 Ogos sehingga 19 Ogos.

Lokaliti di Johor ialah Taman Puteri, Kluang, manakala di Kelantan pula ialah Taman Sri Kebakat, Tumpat.

Turut dikenakan PKPD ialah Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara.

Di Sabah, lokaliti terbabit melibatkan Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri di Kunak, Kampung Kuala Mengalong, Sipitang, Kampung Tanjung Aru Lama dan Universiti Apartment 1, Kota Kinabalu.

Lokaliti di Perak pula ialah Kg Menteri Kuala Sepetang dan Mukim Matang Daerah Larut Matang Selama, Kilang Comfort Rubber Glove, Simpang Kilang Comfort Rubber Glove, Matang dan Asrama Kilang Comfort Rubber Glove, Hujung Matang serta Kampung Belum Baru, Hulu Perak.

Sementara itu, lima lokaliti yang ditamatkan PKPD ialah Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Kampung Istimewa, Batu Sapi dan Taman Merpati, Sandakan, Sabah serta FELDA Jengka 12, Jerantut, Pahang dan Bandar Pulai Jaya, Mukim Sungai Raia, Perak.