awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di 12 lagi lokaliti di Sabah, Perak, Kedah dan Pahang - MKN

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2021
12:09 MYT
PKPD di 12 lagi lokaliti di Sabah, Perak, Kedah dan Pahang - MKN
Rodzi berkata, PKPD itu bermula 23 Ogos hingga 4 September ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 lagi lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah, Perak, Kedah dan Pahang.
Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, PKPD itu bermula 23 Ogos hingga 4 September ini.
Katanya, di Sabah, empat lokaliti dikenakan PKPD di Tawau iaitu di Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4; selain di Beluran iaitu di Kampung Sulit Patan dan Kampung Matanggal Lama dan PPR Taman Mesra di Sandakan.
Sementara di Perak, PKPD dilaksanakan di Pelantar Sungai Pinang Kecil dan Pulau Pangkor serta Penjara Tapah (termasuk kuarters) dan Batang Padang.
PKPD di Kedah dilaksanakan di Penjara Pokok Sena (termasuk kuarters) dan Pokok Sena, manakala di Pahang, Kampung Telemin, Mukim Gua, Lipis.
Pelaksanaan PKPD berkuatkuasa 23 Ogos hingga 5 September 2021#MKN50 pic.twitter.com/Ge5DsbPKHL
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) August 21, 2021
Dalam pada itu, lanjutan PKPD diumum di tiga lokaliti di Pahang dan Sabah dari 23 Ogos sehingga 5 September depan.
Di Pahang, PKPD yang dilanjutkan ialah di Kampung Orang Asli Sungai Bot, Karak, Bentong sementara di Sabah (Taman Semarak Indah, Tawau dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat).
Pelanjutan PKPD sehingga 5 September 2021#MKN50 pic.twitter.com/XudzhK196p
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) August 21, 2021
Rodzi turut mengumumkan penamatan PKPD di 10 lokaliti di Pahang serta Sabah.
Di Pahang, PKPD di Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Rompin; Felda Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau, Maran, akan ditamatkan pada 22 Ogos seperti yang dijadualkan
Sementara itu, PKPD di Felda Jengka 7, Maran, ditamatkan sehari awal pada 21 Ogos berbanding jadual asal pada 22 Ogos.
Di Sabah, PKPD di Flat Sri Sarawak dan Taman Sejati, Tawau; Kampung Koidupan, Kampung Guunsing-Novunsu, Penampang; Kampung Marau, Sipitang dan Kampung Baru Kimanis, Papar, tamat pada 22 Ogos seperti yang dijadualkan.
Penamatan PKPD pada 21 & 22 Ogos 2021#MKN50 pic.twitter.com/HQitrvboe4
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) August 21, 2021
Topic Berkaitan
#PKPD
#MKN
#Sabah
#Perak
#Kedah
#Pahang
#lokaliti baharu
#Rodzi Md Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan