KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 Ogos hingga 25 Ogos 2021.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti tersebut.
Menurutnya, di Kota Kinabalu, PKPD dikuatkuasakan di Kuarters Kilang J & L, Jalan Kokol, Kampung Gudon dan Kampung Lobou dan arahan sama turut dikuatkuasakan di Kampung Menunggui di Kota Belud, Kampung Tengah di Papar dan Kampung Petagas di Putatan.
Selain itu, PKPD turut dikenakan di Kampung Pogunon di Penampang, Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru di Ranau, Kampung Batu 1 di Sipitang, Kampung Bukit Kukusan di Tawau dan Kampung Batu-Batu di Tenom.
Tambah beliau, arahan sama turut dikuatkuasakan di FELDA Jengka 25 di Temerloh, Pahang.
Sementara itu, PKPD di lapan lokaliti, enam di Sabah dan masing-masing satu di Pahang dan Kelantan yang sepatutnya tamat pada Rabu akan dilanjutkan bermula 12 Ogos hingga 25 Ogos 2021.
Lokaliti tersebut ialah Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya di Kota Kinabalu, Sabah.
Manakala, pelanjutan sama turut membabitkan FELDA Jengka 7 di Maran, Pahang dan Ladang Kerilla di Tanah Merah, Kelantan.
Dalam pada itu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di 23 lokaliti, 21 daripadanya di Sabah dan selebihnya di Johor.
PKPD di semua kawasan itu bermula pada 29 Julai lepas dan tamat pada 11 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan.
Berikut adalah senarai lokaliti tersebut:
1. Lima (5) Lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah
• Kampung Unggun
• Lorong Cina 1, 2 & 3
• Kampung Tebobon
• Plaza Kingfisher
• Polytechnic Commercial Centre
2. Lapan (8) Lokaliti di Penampang, Sabah
• Country Height Fasa 1, 2 & 3 (termasuk Bangunan Kedai)
• Cyber City Fasa 1
• Kampung Nabangkung
• Kampung Ramayah
• Taman Vista Kiranau
• Kampung Sarapung Kolopis
• Vista Minitod
• Kampung Tuunon
3. Empat (4) Lokaliti di Beaufort, Sabah
• Kampung Lumadan
• Kampung Kebulu Petani
• Kampung Beaufort Selatan
• Taman Arjuna
4. Tiga (3) Lokaliti di Tawau, Sabah
• Kampung Blok 31
• Kampung Tanjung Batu Darat
• Kampung Darat Inderasabah
5. Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan, Sabah
6. Kampung Pertanian & Kampung Separa, Mukim Senai, Kulai, Johor
7. Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana, Kluang, Johor
Astro Awani
Tue Aug 10 2021
Kerajaan hari ini turut memutuskan untuk menamatkan PKPD di 23 lokaliti, 21 daripadanya di Sabah dan selebihnya di Johor. - Gambar fail
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.