KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga buah kampung di Terengganu dan sebuah kampung di Sabah.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Mukim Hulu Besut, Terengganu dan Kampung Murni C, Nabawan, Sabah bermula 7 April sehingga 20 April.
Ismail Sabri menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di kawasan-kawasan tersebut berikutan terdapat peningkatan kes dan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
Beliau juga menjelaskan secara kumulatif KKM telah melaksanakan sebanyak 58 ujian saringan di tiga buah kampung di Hulu Besut, Terengganu tersebut dan daripada jumlah itu, enam (6) orang disahkan positif COVID-19.
"Sehingga kini, secara kumulatif KKM telah melaksanakan sebanyak 58 ujian saringan di lokaliti tersebut dan daripada jumlah itu, enam (6) orang disahkan positif COVID-19.
"KKM mengesahkan berlaku penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk di ketiga-tiga kampung tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi," katanya dalam kenyataan harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.
Manakala di Kampung Murni C, Nabawan KKM telah melaksanakan 17 ujian saringan dan daripada jumlah itu,sebanyak enam kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 17 ujian saringan dan daripada jumlah itu,sebanyak enam (6) kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi," katanya lagi.
Jelas beliau, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk bagi memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.
Astro Awani
Tue Apr 06 2021

Ismail Sabri menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di kawasan-kawasan tersebut berikutan terdapat peningkatan kes dan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi. - Gambar fail

COVID-19 | Tidak patut guna dana KWAN bagi belanja vaksin
Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi Kebangsaan. Menurut Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid dipetik laporan Sinar Harian memaklumkan, dana berkenaan adalah untuk digunakan oleh generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.

Ramadan 2021 | Raja Abdullah II bebaskan 16 tahanan
Jordan membebaskan 16 tahanan yang didakwa atas tuduhan konspirasi berkaitan dengan bekas Putera Mahkota. Kesemua tahanan dibebaskan dengan atas perintah Raja Abdullah Kedua sempena bulan suci, Ramadan.

Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.

Pengganggur mengaku tidak bersalah pukul penghantar makanan dengan penukul besi
Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.
![[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas [TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901186/32574879411619151712646_640x360.jpg)
[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati dan gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak, beliau menjangkakan isu tersebut menjadi lebih kritikal.

COVID-19: Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa - Pakar
CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada.

13 pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran hospital
Saksi kejadian melaporkan terdengar bunyi letupan pada unit penyaman udara di unit rawatan rapi (ICU) sebelum kebakaran bermula.

Kerajaan Sabah beri bantuan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam
Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2021 kepada penjawat awam negeri berjumlah RM500.

Penjual kuih didakwa sebabkan kematian anggota polis
Tertuduh, Mohd Arafat didakwa menyebabkan kematian Muhammad Iqbal dengan memandu secara berbahaya serta menghimpit motosikal mangsa.

Terbuka Stuttgart: Halep mulakan aksi dengan bergaya
Pemain pilihan kedua itu sedang memburu final pertamanya di Stuttgart dan kelihatan berada dalam prestasi terbaik apabila hanya memerlukan 56 minit untuk menewaskan Vondrousova 6-1, 6-3.

108 operasi sanitasi, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 108 operasi sanitasi dilakukan meliputi 33 zon merah, zon jingga (7), zon kuning (12) dan zon hijau (3) di seluruh negara pada Rabu.

COVID-19: PKPD di 2 lokaliti di Johor, Kelantan bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan PKPD di SMKA Johor Bahru, Johor dan Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.

230 individu ditahan ingkar SOP PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Antara kesalahan utama yang direkodkan adalah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (77), tidak memakai pelitup muka (52) dan aktiviti pusat hiburan (31).

Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Kelantan
Ia selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di tiga lagi jajahan di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

PKPD di 2 lokaliti di Sarawak tamat, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster terkawal di kawasan terbabit.

PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Machang mulai esok
Ismail Sabri Yaakub menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di MTAQ, Pulai Chondong dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

196 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Seramai 196 individu ditahan kerana ingkar SOP dengan 191 dikompaun manakala lima lagi direman.

PKP di Mukim Endau dan Triang di Mersing berkuat kuasa esok
PKP di kedua-dua lokaliti ini diperlukan kerana masih terdapat kes baru dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.