awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di 9 lokaliti di Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2021
11:07 MYT
PKPD di 9 lokaliti di Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan
Ismail Sabri menjelaskan, PKPD di sembilan lokaliti dilaksanakan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan lokaliti membabitkan satu di Kelantan, satu di Negeri Sembilan dan tujuh di Pahang bermula 29 April hingga 12 Mei depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, PKPD di satu lokaliti di Kelantan itu membabitkan Maahad Tahfiz Al Azhari (MTAZ) di Machang.
"Sehingga kini, KKM telah merekodkan 87 kes positif hasil daripada 207 keseluruhan ujian saringan yang dilakukan ke atas pelajar dan penghuni maahad tersebut.
"KKM juga memaklumkan kes telah menular dalam kalangan warga MTAZ dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi berdasarkan trend pertambahan kes baru.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Keraja an bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Al Azhari (MTAZ) Machang, Kelantan berkuat kuasa 29 April sehingga 12 Mei 2021," katanya menerusi kenyataan harian pelaksanaan PKP.
Manakala PKPD di lokaliti di Negeri Sembilan pula melibatkan Kampung Bangkahulu di Gemas.
"KKM telah melakukan 170 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 38 kes positif COVID-19 direkodkan.
"Pada masa sama, KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes dalam tempoh dua minggu manakala kadar positiviti kes tinggi iaitu 22.9 peratus," katanya lagi.
Sementera tujuh lokaliti di Pahang pula membabitkan dua penempatan sekitar Sungai Chalit serta lima penempatan sekitar Sungai Klau, di Raub.
"Sehingga kini, KKM telah merekodkan empat (4) kes di Sungai Chalit dan satu kes positif di Sungai Klau. "Manakala terdapat tujuh sampel ujian masih menunggu keputusan," katanya.
Berikut merupakan lima penempatan sekitar Sungai Klau, Raub, Pahang yang dilaksanakan PKPD:
- Kampung Baru Sungai Chalit - Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Sungai Chalit - Taman Sungai Klau, - Taman Maju Sungai Klau - Taman Kelau Jaya - Taman Harmoni - Kampung Sungai Klau
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Mneteri Kanan Pertahanan
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#Kelantan
#Negeri Sembilan
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan