awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Anjung Teduh Felda Sahabat berkuatkuasa 24 Oktober

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/10/2020
09:13 MYT
PKPD di Anjung Teduh Felda Sahabat berkuatkuasa 24 Oktober
PKPD di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu akan melibatkan 544 unit rumah dengan seramai 4,629 orang penduduk. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah berkuatkuasa 24 Oktober ini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil selepas mendengar pembentangan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mengenai peningkatan kes positif di lokaliti tersebut.
“Atas nasihat KKM (Kementerian Kesihatan) Sidang Khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di lokaliti Anjung Teduh FELDA Sahabat Lahad Datu, berkuatkuasa 24 Oktober 2020 sehingga 6 November 2020.
“PKPD ini akan melibatkan 544 unit rumah dengan seramai 4,629 orang penduduk,” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Khamis.
Ismail Sabri berkata dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Berikut SOP yang perlu dipatuhi:
• Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD.
• Namun demikian, sedikit kelonggaran akan diberikan terhadap aktiviti perniagaan kedai runcit untuk beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas.
• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM.
• KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.
• Bekalan keperluan makanan bagi yang memerlukan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.
• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.
Katanya lagi, maklumat lanjut dan SOP berkaitan boleh dirujuk di laman sesawang MKN.
Topic Berkaitan
#Anjung Teduh FELDA Sahabat
#Lahad Datu
#ismail sabri yaakob
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan