awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
'Papa Zola The Movie' catat kutipan RM43 juta dalam 18 hari tayangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang mulai esok

Bernama
Bernama
11/10/2021
10:10 MYT
PKPD di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang mulai esok
Felda Lembah Klau, Mukim Gali di Raub, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 25 Okt depan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Felda Lembah Klau, Mukim Gali di Raub, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 25 Okt depan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti itu.
"Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.
Beliau turut memaklumkan PKPD di empat lokaliti di Perak yang bermula 29 Sept lepas dan satu di Pahang yang bermula 1 Okt lepas, akan ditamatkan esok.
Lokaliti di Perak itu membabitkan Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang dan Kampung Dollah di Perkampungan Orang Asli Seri Makmur, Tanjung Rambutan, Kinta, manakala di Pahang membabitkan Kampung Bukit Serdang, Bera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPD
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#MKN
#Majlis Keselamatan Negara
#Felda Lembah Klau
#Raub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan