KUALA LUMPUR:Lebih 25 peratus daripada 612 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa adalah mereka yang tidak memakai pelitup muka dan terdiri daripada pengunjung kelab malam.

Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media, hari ini (Selasa, 27 Oktober 2020):

1) PKPD di Kampung Haji Baki, Kuching bermula 28 Oktober 2020.

2) PDRM menahan 612 individu atas pelbagai kesalahan, termasuk lapan individu direman.

3) Sebanyak 56 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan dirampas menerusi Operasi Benteng.

4) PKPD ke atas Penjara Reman dan kuarters kediaman di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dilanjutkan sehingga 11 November.

5) PKPD  di Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang bermula 28 Oktober.