KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Satak, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang hari ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad menjelaskan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

 
Sumber Facebook KPMKNJPM

PKPD di Kampung Orang Asli Satak telah dilaksanakan bermula 3 hingga 16 November lalu.


Walau bagaimanapun ia dilanjutkan hingga 23 November akibat peningkatan kes COVID-19 di lokaliti terbabit.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti atau lanjutan PKPD baharu dilaksanakan pada Selasa.