awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Machang mulai esok

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2021
09:57 MYT
PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Machang mulai esok
Ismail Sabri juga memaklumkan penamatan PKPD di Kampung Batu Gong, Siburan, Serian, Sarawak pada 23 April manakala PKPD di Penjara Sri Aman dan Kuarters Kakitangan, Sri Aman, Sarawak ditamatkan pada 21 April. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Machang, Kelantan bermula 21 April sehingga 4 Mei 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di MTAQ, Pulai Chondong dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Maahad Tahfiz AlQuran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Machang, Kelantan.
"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 243 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 97 kes positif COVID-19 telah direkodkan," katanya dalam kenyataan media harian berkaitan pelaksanaan PKP.
Jelas beliau, Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar.
Sementara itu, Ismail Sabri turut memaklumkan penamatan PKPD di Kampung Batu Gong, Siburan, Serian, Sarawak pada 23 April ini.
Manakala PKPD di Penjara Sri Aman dan Kuarters Kakitangan, Sri Aman, Sarawak ditamatkan pada 21 April.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
#MTAQ
#Pulai Chondong
#machang
#Kelantan
#KKM
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan