KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju untuk untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan bermula 25 Januari sehingga 8 Februari 2021.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pelaksanaan PKPD di buat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jelas beliau, sebanyak 615 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan 574 tahanan, 34 kakitangan serta lima ahli keluarga.
"KKM turut mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak jangkitan COVID-19 dalam masa singkat dalam kalangan tahanan di penjara ini.
"Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan bermula 25 Januari sehingga 8 Februari 2021," katanya dalam kenyataan media berhubung pelaksanaan PKP pada Ahad.
Katanya, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.
"SOP PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan," katanya lagi.
Ismail Sabri juga menjelaskan, pada Sabtu seramai 550 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP PKP dan
daripada jumlah itu, 499 individu dikompaun, 42 direman manakala sembilan lagi dijamin.
Selain itu, Operasi Benteng (Op Benteng) telah menangkap 54 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas dua buah bot/kapal serta lima buah kenderaan darat.
"Dalam operasi itu juga, turut dikesan 142 bot/kapal berada di perairan negara melalui empat (4) aktiviti penglihatan," katanya.
Beliau turut memaklumkan sejak 24 April 2020, seramai 109,743 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 76 hotel dan 15 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
Irwan Muhammad Zain
Sun Jan 24 2021

Ismail Sabri berkata pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti. - Gambar fail

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Eksport, import Malaysia pada Januari 2021 terus catat pertumbuhan positif
Jumlah eksport Malaysia meneruskan momentum positif selama lima bulan berturut-turut, berkembang 6.6 peratus daripada RM84.1 bilion pada Januari 2020 kepada RM89.6 bilion.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

AWANI Ringkas: Pesakit COVID-19 boleh diarah pakai gelang pengesan

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

COVID-19: Denda RM10,000 langgar PKP keterlaluan dan kejam - Hannah Yeoh
Beliau menyifatkan hukuman yang diumumkan Menteri Kanak Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu sebagai kejam dan keterlaluan.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

130 'frontliners' termasuk pengamal media terima vaksin di KK Kota Samarahan hari ini
Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini.

Ini antara SOP bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah
TH Travel bersedia menghadapi sebarang peraturan dan Prosedur Operasi Standard baharu yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Kumpulan sasar ATM diberi suntikan vaksin fasa pertama
Setakat semalam, seramai 230 anggota ATM telah divaksinasi dengan dos pertama dari vaksin jenis Cominarty keluaran Pfizer.

COVID-19: Vaksin Pfizer disimpan dalam suhu sejuk beku biasa
Ini melonggarkan syarat sebelum ini yang mewajibkan vaksin itu disimpan pada suhu ultra-rendah, antara -80 darjah Celsius dan -60 darjah Celsius.

PKPD dikuatkuasakan di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2, Sibu
JPBB Sibu memutuskan pelaksanaan PKPD di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2, di Sibu.