awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/11/2020
08:41 MYT
PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah
Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu akan berkuat kuasa bermula 27 November sehingga 10 Disember 2020.
"Sidang khas mendengar hari ini mendengar taklimat daripada KKM mengenai situasi di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah.
"Sehingga 22 November 2020, KKM telah melaksanakan 2,609 saringan dan telah merekodkan 253 kes COVID-19. 581 sampel masih tunggu keputusan," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
PKPD itu akan melibatkan sebanyak 3,400 unit rumah dan 18,000 penduduk.
"SOP PKPD adalah sama di tempat lain cuma berbeza di Sabah ialah, walau tak dibenarkan keluar, namun kedai runcit dibenar beroperasi termasuk pasar yang boleh dibuka sebanyak dua kali seminggu," ujarnya lagi.
BACA: 312 ingkar PKP ditahan - Ismail Sabri
Topic Berkaitan
#PKPD
#Taman Telipot Ria
#Tuaran
#Sabah
#COVID-19
#Ismail Sabri
#yaakob
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan