awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: Kampung Dato' Ibrahim Majid terus sepi - Ketua Kampung

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/04/2020
10:23 MYT
PKPD: Kampung Dato' Ibrahim Majid terus sepi - Ketua Kampung
PKPD dikuatkuasakan bermula 27 Mac hingga 9 Aparil ini, melibatkan 3,570 penduduk tempatan daripada 650 keluarga di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simoang Renggam, Johor.
Suasana sepi terus menyelubungi Kampung Dato’ Ibrahim Majid ketika memasuki hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua kampung Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Sarlan Yasmin memberitahu, malah binatang peliharaan seperti kucing juga seolah-olah 'mengetahui' perintah itu dan tidak dilihat berkeliaran di luar rumah.
Katanya, hanya televisyen, radio dan telefon bimbit sahaja yang menjadi teman setia ketika tempoh ini memandangkan penduduk kampung tersebut tidak dibenarkan sama sekali keluar dari rumah mereka.
"Kami penduduk di sini sehingga sekarang masih tidak dibenarkan keluar melainkan atas faktor kesihatan seperti melakukan rawatan dialisis," katanya di sini pada Jumaat.
Selain Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simoang Renggam, Johor adalah antara dua lokasi pelaksanaan PKPD susulan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi.
PKPD itu dikuatkuasakan bermula 27 Mac hingga 9 Aparil ini, melibatkan 3,570 penduduk tempatan daripada 650 keluarga.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengesahkan pesakit di daerah Kluang meningkat mendadak dengan sebahagian besar kes itu mebabitkan dari dua kawasan kampung itu.
Sarlan menambah, pergerakan penduduk sekitar sini hampir sifar dengan kawalan ketat pasukan keselamatan selain jalan sekitar kampung itu lengang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kampung Dato Ibrahim Majid
#koronavirus
#perintaj kawalan pergerakan diperketatkan
#PKPD
#Sarlan Yasmin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan