awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah ditamatkan

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2020
11:47 MYT
PKPD Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah ditamatkan
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di dua lokasi itu bermula 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020 sebelum dilanjutkan ke 27 Oktober sehingga 9 November 2020. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu, Sabah ditamatkan hari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati tiada lagi kes baharu positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini dalam masa 18 hari terkini.
"Sehingga 10 November 2020, KKM mendapati kesemua keputusan 5,189 sampel saringan kedua telah diperolehi dengan kesemuanya adalah negatif," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di dua lokasi itu bermula 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020 sebelum dilanjutkan ke 27 Oktober sehingga 9 November 2020.
Kemudian, pada 9 November 2020, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD di kedua-dua kawasan ini sehingga 23 November 2020.
"Pelanjutan ini dibuat atas nasihat dan penilaian KKM kerana masih menunggu keputusan sampel saringan yang belum diperolehi ketika itu," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, kerajaan turut mengumumkan penamatan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman Pulau Pinang hari ini.
"Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman, daerah Timur Laut, Pulau Pinang bermula 15 Oktober 2020 sehingga 28 Oktober 2020 yang kemudiannya dilanjutkan lagi sehingga 11 November 2020.
"KKM telah melaksanakan sebanyak 1,178 saringan dan 189 kes positif COVID-19 direkodkan di kawasan penjara ini. Penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati situasi kes COVID-19 di penjara ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal di mana kes terakhir positif adalah pada 5 November 2020," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#PKPD
#tamat
#Sabah
#COVID-19
#Pangsapuri Mutiara Kasih
#Taman Khazanah Indah
#Lahad Datu
#pandemik
#KKM
#kesihatan
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan