PUTRAJAYA: Semua pengangkutan awam iaitu perkhidmatan kereta api, komuter, bas dan feri dibenarkan beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).
Menurut kenyataan kementerian itu, bagaimanapun perkhidmatan terbabit hanya dibenarkan membawa penumpang pada kapasiti 50 peratus.
Surat kebenaran yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) masih sah untuk sepanjang PKPD itu, kata MOT.
"Pemohon tidak perlu memuat turun surat kebenaran baharu sekiranya mereka telah memperoleh kebenaran sebelum ini," kata kenyataan itu pada Jumaat.
SMILE diperuntukkan untuk syarikat sektor pengangkutan komersial dan logistik, termasuk pengangkutan udara dan air, kurier serta gudang semasa penguatkuasaan Kawalan Pergerakan.
Bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing pula, hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan di dalam kenderaan pada satu-satu masa.
Kementerian itu berkata pengangkutan komersial dan kegiatan berkaitan rantaian bekalan perkhidmatan perlu menerusi darat, udara dan laut dibenarkan beroperasi semasa PKPD, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan dan bungkusan, manakala lapangan terbang dan pelabuhan juga beroperasi seperti biasa.
"Perkhidmatan pelabuhan dan perusahaan berkaitan seperti limbungan kapal, tongkang, pengendalian kargo dan komoditi, pemaliman, serta memuat dan memunggah dalam kawasan pelabuhan adalah dibenarkan," kata MOT.
Sementara itu, kegiatan memuat dan memunggah di luar kawasan pelabuhan di bawah PKPD hanya dibolehkan untuk perkhidmatan perlu yang dibenarkan sahaja, katanya.
"Jumlah penumpang yang dibenarkan menaiki kenderaan komersial dan logistik tertakluk kepada pendaftaran kenderaan masing-masing," katanya.
MOT berkata perkhidmatan kaunter oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Laut Malaysia dan Puspakom Sdn Bhd akan ditutup sepanjang PKPD, namun sekatan itu tidak terpakai bagi perkhidmatan kaunter di kawasan bukan lokaliti PKPD di Kuala Lumpur.
Pada 30 Jun, MOT mengumumkan pembukaan semula perkhidmatan kaunter di bawah Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara bagi transaksi dan perkhidmatan yang tidak disediakan dalam talian. Perkhidmatan kaunter ini hanya untuk urusan yang tidak boleh dijalankan dalam talian dan kehadiran secara fizikal hanya melalui janji temu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 02 2021
Perkhidmatan terbabit hanya dibenarkan membawa penumpang pada kapasiti 50 peratus. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.