MELAKA: Kemasukan banduan baharu dari negeri lain dipercayai menjadi antara punca tercetusnya kluster Tembok Sungai Udang 2.0, sekali gus menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Penjara Sungai Udang selama dua minggu bermula esok.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, berdasarkan siasatan dan saringan dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah dan Jabatan Kesihatan Melaka, mendapati kes pertama berlaku melibatkan banduan dibawa masuk dari Negeri Sembilan pada minggu lepas.
"Penularan ke dalam penjara didapati berlaku selepas kemasukan 172 banduan dari Negeri Sembilan dan 14 orang dari Pusat Transit Tahanan A' Famosa ke dalam Penjara Sungai Udang beberapa minggu lepas.
"Hasil saringan mendapati 81 daripada 186 banduan tersebut positif COVID-19," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Rahmad berkata susulan kes positif tersebut, Kementerian Kesihatan dan PKD Melaka Tengah melakukan siasatan dan saringan dari blok kuarantin iaitu Blok Berkat untuk membuat pengesanan kontak rapat dengan 256 saringan telah dilakukan setakat semalam.
"Hasil daripada siasatan dan saringan tersebut, terdapat 76 kes positif setakat semalam dan menjadikan keseluruhan kes positif adalah 157," katanya.
Justeru katanya, beberapa langkah telah diambil termasuk memastikan tiada lagi kemasukan banduan baharu dari negeri lain, memastikan pengasingan dibuat di blok kuarantin bagi mengawal jangkitan supaya tidak menular ke blok-blok lain serta mengesan kontak rapat sekiranya terdapat pertambahan kes.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD di Penjara Sungai Udang selama dua minggu akan melibatkan 3,499 banduan dan tidak membabitkan kuarters penjara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Pintu masuk Kompleks Penjara Sungai Udang yang terletak di Lebuh SPA ketika tinjauan hari ini. - Bernama
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
18 banduan PBSL Penjara Sungai Udang dibebaskan hari ini
Seramai 18 banduan dibebaskan awal di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Penjara Sungai Udang sempena Aidilfitri hari ini.
Dakwaan banduan lari dari penjara palsu
Anggota Penjara Sungai Udang akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tular yang mengatakan 30 banduan mereka berjaya melarikan diri.
PKPD Penjara Sungai Udang: Kemasukan banduan baharu cetus kluster
Penularan ke dalam penjara didapati berlaku selepas kemasukan 172 banduan dari Negeri Sembilan dan 14 orang dari Pusat Transit Tahanan A' Famosa.