Kerajaan telah mewartakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran ke atas Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah ekoran peningkatan kes di kedua-dua lokasi berkenaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini akan dikuatkuasakan mulai 11 September pukul 12.01 tengah malam hingga 25 September 2020 sebagai sebahagian dari langkah pencegahan penularan COVID-19.
Katanya, semua aktiviti keluar atau masuk ke daerah berkenaan adalah dilarang bagi tempoh berkenaan.
"Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di Kota Setar ini melibatkan 366,787 penduduk di 28 mukim di daerah Kota Setar.
"Segala aktiviti keluar masuk daerah adalah dilarang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjalankan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk daerah," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ismail memberitahu, keluar masuk sempadan negara melalui Bukit Kayu Hitam juga dihentikan sehingga tamat PKPD.
Beliau memberitahu, individu yang keluar masuk atas alasan bekerja juga adalah tidak dibenarkan dari kawasan PKPD itu.
"Oleh itu saya berharap majikan perlu mengambil maklum perintah ini. Ini bukan atas kehendak pekerja mereka tetapi atas perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan yang menyebabkan mereka tidak bekerja.
"Justeru saya harap tidak ada tindakan diambil ke atas pekerja-pekerja yang tidak bekerja, kalau boleh kita galakkan majikan untuk meminta pekerja mereka membuat kerja dari rumah," jelasnya.
Ismail menambah, semua rumah beribadat termasuk masjid diarah tutup pada tempoh tersebut.
Katanya, semua intitusi pendidikan termasuk Taska, sekolah dan institusi pengajian tinggi juga ditangguh ketika pelaksanaan PKPD itu.
Seperti sebelum ini jelasnya, hanya premis yang menyediakan perkhidmatan perlu seperti kedai makanan, runcit, warung, stesen minyak dan farmasi sahaja dibenarkan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 makam.
"Sementara hospital dan klinik dibenarkan beroperasi selama 24 jam," jelasnya.
Sementara PKPD secara pentadbiran di Penjara Tawau, Sabah pula katanya, melibatkan banduan, anggota dan ahli keluarga Jabatan Penjara Tawau.
"Jadi lawatan tidak dibenarkan. Perintah keluar masuk juga dikenakan di kawasan penjara ini.
"Saya ingin menjelaskan penduduk di Lahad Datu dan Tawau tidak perlu gusar ekoran peningkatan kes kerana mereka adalah terkurung dalam kawasan penjara. Peluang untuk kes untuk disebarkan adalah tipis," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Thu Sep 10 2020
PKPD ini akan dikuatkuasakan mulai 11 September pukul 12.01 tengah malam hingga 25 September 2020 sebagai sebahagian dari langkah pencegahan penularan COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.