awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Baverly Hills ditamatkan awal - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2021
09:35 MYT
PKPD Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Baverly Hills ditamatkan awal - Ismail Sabri
Kata Ismail, 38 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP PKPB dan PKPP di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Baverly Hills, Bintulu, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 25 Mac diawalkan kepada 23 Mac 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 85 kes positif COVID-19 direkodkan.
"KKM mengesahkan baki kes positif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan, kluster adalah terkawal serta kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 18 Mac 2021," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Dalam pada itu katanya, 38 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
"Daripada jumlah itu, 30 telah dikompaun manakala lapan direman. Antara kesalahan ingkar SOP adalah gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (17), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (12), tidak memakai pelitup muka (7), premis beroperasi lebih masa (1) dan tiada penjarakan fizikal (1)," ujarnya.
Katanya lagi, Operasi Benteng telah menangkap 27 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 11 buah kenderaan darat.
Sementara itu katanya, sebanyak 74 operasi sanitasi dilakukan meliputi 19 zon merah, lima zon jingga, 11 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara.
Ujarnya lagi, seramai 568 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Dalam pada itu kata Ismail, sehingga 22 Mac, sebanyak 289 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan COVID19.
Daripada jumlah itu, sebanyak 115 kes masih dalam siasatan, 51 kes telah didakwa di mahkamah dan 12 kes diberi notis amaran.
"Bagi kes yang telah didakwa di mahkamah, sehingga kini 30 telah didapati bersalah manakala 20 lagi dalam proses perbicaraan.
"Pasukan Respon Pantas (PRP) di bawah KKMM juga telah mengeluarkan sebanyak 432 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu berkaitan COVID-19," tegasnya lagi.
Jelasnya, orang ramai boleh membuat semakan di menyemak atau menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau melayari laman sesawang www.sebenarnya.my jika terdapat sebarang berita yang diragui kesahihannya.
Topic Berkaitan
#PDRM
#SKMM
#SOP
#KKM
#operasi
#PKPP
#COVID-19
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#ismail sabri yaakob
#ujian saringan
#Bintulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan