Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran (TEMCO) akan dilaksanakan di Aman Jaya Kedah yang melibatkan tiga zon mulai 12.01 tengah malam ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan itu akan bermula 28 Ogos sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Tiga zon di Aman Jaya adalah di Kenanga, Mawar, dan Melur yang melibatkan seramai 22,360 isi rumah akan disaring oleh KKM.
“Penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada zon manakala orang luar juga tidak dibenarkan memasuki zon terlibat,” katanya ketika siding media hariannya pada Khamis.
Menurut Ismail Sabri, perkara itu termasuk melibatkan bagi mereka yang bekerja selain turut mengingatkan majikan agar tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka yang terlibat ddengan penguatkuasaan tersebut.
“Majikan perlu ambil maklum akan perintah ini dan membenarkan mereka yang terlibat untuk bekerja dari rumah,” katanya lagi.
Bermula pada tarikh tersebut Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk zon yang terlibat.
Hilmi Malik
Thu Aug 27 2020

PKPD secara pentadbiran dilaksanakan di Aman Jaya, Kedah mulai 12.01 tengah malam, Khamis. - Gambar fail

LIMA'25 tarik 450,000 pengunjung, pacu minat terhadap industri pertahanan negara
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) melabuhkan tirainya hari ini, dengan mencatatkan kehadiran kira-kira 450,000 pengunjung daripada kesemua kumpulan komersial dan per

Kerajaan jamin harga RON95 tidak dinaikkan - PM
Kerajaan memberi jaminan bahawa harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan untuk rakyat, walaupun cadangan berkenaan pernah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.

PKR perlu terus jadi teras kepada kerajaan - Amirudin
Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan petunjuk jelas mengenai hala tuju masa depan parti itu serta negara, kata Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari.

Banyak lori bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza dipintas penduduk terdesak - PBB
Cara terbaik untuk mengelak rampasan ialah dengan menyalurkan lebih banyak bantuan agar penduduk tidak berada dalam keadaan terlalu terdesak.

Biro Politik PKR adakan mesyuarat khas hujung bulan ini, tumpu program PRN Sabah - PM Anwar
Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mei ini bagi membincangkan mengenai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

'Azizah saya pilih, Izzah akar umbi pilih' - Anwar jawab isu nepotisme
Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kembali isu nepotisme yang pernah dikaitkan dengan keluarganya dalam kepimpinan parti.

Rafizi tokoh sesuai sertai 'payung besar' PRU16 - Annuar Musa
Annuar berpandangan bahawa Rafizi merupakan tokoh yang sesuai untuk menyertai satu koalisi politik nasional yang disifatkan sebagai payung besar.
AWANI Ringkas: Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tular: Penganggur diberkas, modus operandi sasar kereta tak berkunci
Seorang penganggur dipercayai aktif melakukan kegiatan curi menggunakan modus operandi menyasarkan kenderaan yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.

Lelaki parah ditetak bekas suami kekasih
Angkara cemburu, seorang lelaki parah ditetak tiga individu termasuk bekas suami teman wanitanya di di Puchong, Subang Jaya pada Sabtu.

PKPD di Aman Jaya dilanjutkan sehingga Ahad ini - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Aman Jaya, Kedah yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan tiga hari lagi sehingga 13 September ini.

PKPD di Amanjaya hingga 10 September - Ismail Sabri
Sehingga Isnin, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyaring 12,533 daripada 22,360 individu di Zon Kenanga, Mawar dan Melur.

PKPD Amanjaya: Penduduk tidak perlu bimbang, patuhi SOP ditetapkan - Dr Awang Bulgiba
Pelaksanaan tersebut adalah bagi memastikan individu yang terjangkit dari Kluster Tawar dapat disaring dan dikenal pasti.

Tiada sambutan Hari Kebangsaan berskala besar, ini lima perkara penting sidang media Ismail Sabri
Berikut merupakan lima perkara penting yang anda perlu tahu pada sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Ogos.

PKPD secara pentadbiran dilaksana di Aman Jaya, Kedah
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran (TEMCO) akan dilaksanakan di Aman Jaya Kedah yang melibatkan tiga zon.