awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makin banyak negara larang akses media sosial untuk kanak-kanak
Bekas wartawan FMT dibebaskan dengan jaminan polis
Kronologi kehilangan pelakon Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPP: 19,111 PATI sudah dihantar pulang setakat 7 Julai

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/07/2020
07:42 MYT
PKPP: 19,111 PATI sudah dihantar pulang setakat 7 Julai
Sejak 6 Jun lalu, kerajaan mula menghantar pulang PATI yang didapati negatif COVID-19, dengan menyaksikan fasa pertama penghantaran pulang membabitkan warga Indonesia. - Gambar BERNAMA
Seramai 19,111 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang disahkan negatif COVID-19 sudah dihantar pulang ke negara masing-masing setakat 7 Julai lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, Indonesia antara tiga negara tertinggi bilangan PATI yang dihantar pulang iaitu seramai 8,575 orang.
Sementara dua negara lagi masing-masing dari Bangladesh seramai 2,584 dan Myanmar seramai 1,890 PATI.
Sejak 6 Jun lalu, kerajaan mula menghantar pulang PATI yang didapati negatif COVID-19, dengan menyaksikan fasa pertama penghantaran pulang membabitkan warga Indonesia.
PATI tersebut masing-masing diterbangkan ke Jakarta, Medan dan Surabaya.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#COVID-19
#Indonesia
#ismail sabri yaakob
#Jakarta
#koronavirus
#pati
#PKP
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan