awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nadia Kesuma dikesan sudah keluar dari lapangan terbang di Jeddah - Mohamad Hasan
Penerbangan terus Rusia-Malaysia dilancarkan tahun ini
[TERKINI] Pesawat ATR 400 Indonesia bawa 11 individu hilang, terputus hubungan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kronologi kehilangan pelakon Nadia Kesuma

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2026
07:45 MYT
Kronologi kehilangan pelakon Nadia Kesuma
Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi.
KUALA LUMPUR : Kehilangan seorang pelakon, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, atau lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma, menjadi tanda tanya apabila beliau gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi.
Pelakon berusia 50 tahun itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan umrah dan ziarah yang turut melibatkan destinasi termasuk London dan Paris, anjuran sebuah agensi pelancongan tempatan.
Berikut adalah kronologi kehilangan Nadia Kesuma setakat ini:
14 Januari 2026 (Rabu)
• Nadia Kesuma menyertai rombongan umrah dan ziarah anjuran sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain bagi tempoh perjalanan dari 14 hingga 28 Januari 2026.
• Pelakon itu dijadualkan meneruskan penerbangan ke London selepas transit selama beberapa jam di Jeddah, namun tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan.
15 Januari 2026 (Khamis)
• Nadia Kesuma dilaporkan gagal dihubungi oleh ahli keluarga selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah sekitar jam 12.30 tengah malam.
• Beliau tidak menjawab panggilan atau membalas sebarang mesej selepas disahkan tidak menaiki penerbangan sambungan dari Jeddah.
• Suami Nadia Kesuma menerima panggilan daripada pihak agensi pelancongan yang memaklumkan pelakon itu tidak berada dalam penerbangan seterusnya.
• Agensi pelancongan dan mutawwif turut menghantar mesej memaklumkan perkara sama, namun tiada sebarang maklum balas diterima daripada Nadia.
• Anak Nadia Kesuma menggunakan aplikasi penjejak telefon yang menunjukkan peranti ibunya masih berada di kawasan lapangan terbang Jeddah, namun bateri telefon semakin lemah.
16 Januari 2026 (Jumaat)
• Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan kehilangan Nadia Kesuma daripada ahli keluarganya. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA sekitar jam 12.26 tengah hari.
• Agensi pelancongan, Nuh Travel & Tours Sdn Bhd (Nuh Travel), dalam satu kenyataan memaklumkan kehilangan Nadia disedari apabila beliau gagal menaiki penerbangan sambungan dari Jeddah ke London semasa transit.
• Pihak Nuh Travel segera mengaktifkan tindakan kecemasan dengan melaksanakan usaha pencarian secara menyeluruh.
• Pasukan petugas Nuh Travel turun sendiri ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, selain bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang, Muasasah serta Konsulat Malaysia di Jeddah bagi menjejaki keberadaan Nadia.
• Nuh Travel turut memaklumkan laporan polis dibuat di Jeddah bagi membolehkan pencarian dan siasatan dijalankan melalui saluran perundangan tempatan.
• Agensi itu menegaskan akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan termasuk aspek keselamatan dan operasi lapangan terbang bagi memastikan proses pengesanan dapat dilakukan secara teratur dan berkesan.
17 Januari 2026 (Sabtu)
• Suami Nadia Kesuma, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, merayu kerajaan Malaysia agar segera menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya.
• Ahli keluarga pelakon itu membuat laporan rasmi kepada Wisma Putra dan Konsulat Malaysia di Jeddah.
• Suami Nadia Kesuma dinasihatkan supaya kekal berada di Malaysia bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan, selain mengambil kira kekangan bahasa kerana beliau tidak fasih berbahasa Arab.
• Kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan kepada pihak polis Arab Saudi. Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman, mengesahkan laporan tersebut diterima dan pihaknya kini menunggu hasil siasatan pihak berkuasa Arab Saudi.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#Arab Saudi
#Nadia Kesuma
#pelakon
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan