Pimpinan PKR didesak untuk memohon maaf daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengaitkan bekas menteri besar Selangor itu sebagai dalang demonstrasi yang mahu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi ketua umum PKR yang baharu.
Pegawai khas Abdul Khalid, Faekah Husin berkata, tindakan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang menuduh Khalid sebagai dalang dilihat kebudak-budakan bagi menutup kelemahan sendiri.
"Pemimpin PKR perlu berhenti menuding jari kepada orang lain bagi permasalahan dalaman parti yang mereka hadapi.
"Sebaliknya pimpinan parti itu harus bermuhasabah dengan melihat permasalahan dalaman ahli parti tersebut dengan jujur, bijak dan matang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Faekah merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan pegawai khas Abdul Khalid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.
Sebelum ini, satu kumpulan yang mendakwa anggota PKR berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu dan memegang kain rentang yang mendesak pucuk pimpinan parti itu melantik Dr Mahathir sebagai ketua umum PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.
Kumpulan itu berkata, perlantikan Mahathir mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Dalam pada itu kata Faekah, PKR kini turut dilihat mahu mengaitkan permasalahan dalaman parti itu dengan Abdul Khalid sendiri.
"Tidak cukup dengan fitnah dan penghinaan yang mereka lemparkan terhadap Khalid, kini permasalahan dalaman PKR pula mahu dilibatkan kepadanya.
"Selaku seorang negarawan, Khalid terkenal dengan sifat telus dan bertanggungjawab. Justeru menuduh beliau sebagai dalang yang bersembunyi penghinaan melampau yang dilakukan pimpinan PKR.
"Kami menuntut PKR memohon maaf di atas keceluparan pimpinan mereka yang jelas gagal menegakkan keadilan seperti yang mereka laungkan selama ini," katanya.
Astro Awani
Sat Feb 14 2015
FAEKAH: PKR patut minta maaf daripada Abdul Khalid - Gambar fail
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
PKR patut minta maaf daripada Abdul Khalid - Faekah
Pimpinan PKR didesak untuk memohon maaf daripada Abdul Khalid kerana mengaitkannya sebagai dalang demonstrasi yang mahu Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi ketua umum PKR yang baharu.