awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR Sabah harap tanding sekurang-kurangnya satu kerusi DUN setiap Parlimen - Pengerusi

Bernama
Bernama
18/06/2023
04:30 MYT
PKR Sabah harap tanding sekurang-kurangnya satu kerusi DUN setiap Parlimen - Pengerusi
Di Sabah, PKR menyandang dua kerusi DUN iaitu Christina Liew di Api-Api, dan Peto Galim di Inanam; serta satu kerusi Parlimen disandang Mustapha Sakmud di Sepanggar.
SANDAKAN: PKR Sabah berharap ia dapat diberikan peluang untuk bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam setiap kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam berkata harapan itu disuarakan dengan hasrat supaya parti itu tidak dilihat disisihkan di Sabah.
"Kuota untuk bertanding ini sebenarnya akan dibincangkan di peringkat Pakatan Harapan (PH). Maka, dengan itu, kami mengharapkan rakan komponen lain juga bersetuju supaya kami (PKR) turut diagihkan kerusi berdasarkan keperluan.
"Contohnya di zon Sandakan ini, kita lihat tiada satu pun YB (yang berhormat) daripada PKR. Kebanyakan adalah rakan (dari parti komponen) lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di sini malam tadi.
Di Sabah, PKR menyandang dua kerusi DUN iaitu Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri di Api-Api, dan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan negeri Peto Galim di Inanam; serta satu kerusi Parlimen disandang Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud di Sepanggar.
Sabah mempunyai 73 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR Sabah
#PRN Sabah
#Majlis Pimpinan Negeri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan