SERDANG: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) diaktifkan semula Jumaat lepas pada skala kecil dengan kapasiti 850 katil untuk menampung pesakit COVID-19 Kategori 1, 2A dan 2B.
Pusat berkenaan yang kini dikenali sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) telah menerima 119 pesakit COVID-19 warga tempatan sejak dibuka.
Timbalan Komander Unified Command Centre Dr Ridzuan Mohd Isa berkata seramai 29 pesakit sudah dibenarkan keluar, manakala baki 90 pesakit yang berumur antara 13 dan 50 tahun, masih menerima rawatan.
"Pusat kuarantin ini dibuka semula untuk mengurangkan beban hospital di sekitar Lembah Klang merawat pesakit COVID-19," katanya dalam taklimat media di sini hari ini, serta menambah pesakit akan disaring di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) terlebih dahulu.
Pada Khamis lepas (24 Feb) Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan PKRC di MAEPS diaktifkan semula bagi merawat kes COVID-19 berisiko rendah iaitu Kategori 1, 2A dan 2B.
Pesakit COVID-19 Kategori 1 tidak bergejala, Kategori 2A pula mengalami simptom seperti sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas namun masih boleh melakukan aktiviti harian atau hilang deria bau, loya, muntah, keletihan namun masih boleh melakukan aktiviti harian.
Pesakit Kategori 2B antaranya mengalami demam berpanjangan selama dua hari dan lebih, mengalami kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sakit dada, hilang selera makan, berasa letih terutama semasa melakukan aktiviti harian atau semasa bangun tidur dan perlu berjalan dengan bantuan.
MAEPS diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April 2020 dengan pengambilan pesakit COVID-19 hanya membabitkan pesakit bukan warganegara bagi Kategori 1 dan 2 sebelum ditutup pada 15 Julai tahun yang sama.
Pada 9 Disember 2020, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC susulan peningkatan kes COVID-19 dan ia dinaik taraf sebagai PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 pada 24 Januari dengan menerima pesakit Kategori 3 dan 4.
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS ditutup secara rasmi pada 8 Februari lepas dan sepanjang 14 bulan beroperasi, seramai 166,072 pesakit COVID-19 sudah dirawat di pusat itu.
Sementara itu, Pengarah PKRC ZWT Dr Ferwhan Fairis Ab Karim berkata pengoperasian pusat kuarantin di Dewan A dibahagikan kepada tiga ruang iaitu A1 - ruang pesakit lelaki yang mempunyai kapasiti 550 katil, A2 - ruang pesakit wanita yang boleh menempatkan 300 katil dan A3 untuk urusan pentadbiran.
Beliau berkata anjung terbuka turut disediakan di ruang pesakit lelaki dan wanita bagi memberi peluang kepada pesakit beriadah dan secara tidak langsung membantu kesihatan mental mereka.
"Kawasan anjung ini membolehkan pesakit mendapat udara segar dan merasai cahaya matahari. Tidak perlu risau pesakit melarikan diri kerana ia dilengkapi dengan pagar antipanjat.
"Maklum balas yang kami terima sebelum ini mendapati pesakit rasa tertekan kerana berada dalam ruang tertutup dan terkurung, disebabkan itu penambahbaikan ini dibuat untuk memberi keselesaan kepada pesakit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Pusat berkenaan yang kini dikenali sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) telah menerima 119 pesakit COVID-19 warga tempatan sejak dibuka. - Gambar/ Bernama
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
PKRC MAEPS kini dikenali PKRC ZWT, rawat Kategori 1, 2A, 2B
Pusat berkenaan kini dikenali sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT).
Pembukaan semula PKRC MAEPS bukan tanda 'red flag' - Khairy
Pembukaan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bukan petanda kes penularan berada pada tahap serius di negara ini.
PKRC MAEPS 2.0 ditutup secara rasmi 8 Feb ini
Setelah 14 bulan memberikan khidmatnya, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0, akan ditutup secara rasmi pada 8 Feb ini.
PKRC MAEPS terima lebih 100,000 pesakit COVID-19 sejak dibuka Disember 2020
Angka itu bukan satu kebanggaan pihaknya kerana ia memerlukan pengorbanan besar petugas barisan hadapan dalam memastikan pesakit mendapat rawatan terbaik.
COVID-19: NADMA sedia berdepan sebarang kemungkinan
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya bersedia untuk meningkatkan dan mengemas kini kemudahan sekiranya terdapat keperluan.