Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diminta lebih kreatif dan berdaya saing bagi memastikan mereka mampu menghadapi kelembapan ekonomi dan kemerosotan nilai ringgit.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata sikap kreatif itu antara lain boleh diterjemahkan menerusi penggunaan mata wang dalam urus niaga.
Beliau mengambil contoh Syarikat FF Mercu Niaga Sdn Bhd sebuah syarikat menjual pakaian terpakai di sini yang menggunakan mata wang yen dalam urus niaga dengan syarikat Jepun berbanding dolar Amerika.
"Syarikat ini menggunakan yen dan bukannya dolar Amerika apabila mengimport pakaian terpakai dari Jepun, ini sesuatu yang kreatif kerana (tukaran) mata wang itu tidak terjejas teruk berbanding USD," katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat FF Mercu Niaga Sdn Bhd di Kamunting di sini, hari ini.
Selain itu, Ahmad mencadangkan usahawan PKS, terutama yang terlibat dalam bidang pembuatan agar mencari pengganti bagi barangan import untuk mengurangkan kesan kejatuhan nilai ringgit.
Menurutnya, kemerosotan nilai ringgit adalah bersifat sementara dan ia tidak seharusnya dilihat pada sudut negatif kerana terdapat sektor yang mungkin mampu menjana keuntungan.
"Kejatuhan nilai ringgit memberi kesan positif kepada pelancongan negara. Sebagai contoh Kuala Lumpur terbukti menjadi lokasi yang paling banyak dilawati pada 2016," katanya.
Sementara itu, Pengarah FF Mercu Niaga Sdn Bhd, Fuzi Zainal berkata, pihaknya menggunakan yen kerana ia lebih mudah memandangkan Jepun adalah pembekal terbesar mereka.
Syarikat tersebut beroperasi sejak 2011 dan mengimport sebanyak 15 hingga 20 kontena pakaian terpakai setiap bulan dari Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017
AHMAD MASLAN: Usahawan PKS diminta lebih kreatif dan berdaya saing bagi memastikan mampu menghadapi kelembapan ekonomi dan kemerosotan nilai ringgit. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
"Sudahlah fitnah, bodoh pula!" - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan mahu pihak MCMC ambil tindakan terhadap fitnah yang disebarkan terhadapnya.
Kerajaan gesa PKS banyakkan produk berasaskan teknologi hijau
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam industri teknologi hijau digesa memperbanyak penghasilan produk berasaskan teknologi tersebut di pasaran domestik pada masa akan datang.
PKS diminta kreatif dalam menghadapi ekonomi tidak menentu
Usahawan PKS diminta lebih kreatif dan berdaya saing bagi memastikan mereka mampu menghadapi kelembapan ekonomi dan kemerosotan nilai ringgit.
Program penjelasan isu semasa diperhebatkan tangkis fitnah keterlaluan - Mustapa
Pihak terbabit menabur fitnah menakut-nakutkan rakyat supaya berlaku keadaan huru-hara dalam negara.
Bajet 2017: PKS Bumiputera masih jadi keutamaan - Ahmad Maslan
Kerajaan terus memberi komitmen kepada PKS bumiputera, yang menerima RM1.12 bilion atau 16.8 peratus daripada peruntukan RM6.65 bilion untuk pembangunan PKS.
Ahmad Maslan berharap UMNO menjadi parti dinamik yang terus relevan
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata beliau berharap parti itu akan menjadi parti yang dinamik dan terus relevan sepanjang masa.
Rombakan MT UMNO: Ahmad Maslan pegang portfolio Informasi, IT
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan rombakan beberapa portfolio Majlis Tertinggi UMNO.
'Bolehkah mereka ini hidup tanpa sebar fitnah?' - Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan nafi mengeluarkan kenyataan menyaran pelajar universiti bekerja bagi menampung kos sara hidup.
Kelab pidato UMNO di 191 bahagian bermula Januari - Ahmad Maslan
Kelab Pidato Umno akan diwujudkan di semua 191 bahagian bermula Januari depan bagi menjelaskan isu semasa kepada rakyat, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Peruntukan Permata: ADUN Taman Medan diminta beri keterangan
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataan beliau mengenai peruntukan terhadap program Permata Negara (Permata).