KUALA LUMPUR: Gobi Partners dan Kumpulan Modal Perdana (KMP) telah melabur pembiayaan dana modal teroka (VC) untuk pusingan permulaan Vircle, sebuah perkhidmatan neobanking Malaysia.

Gobi Partners, sebuah firma VC Asia memfasilitasi pelaburannya melalui Gobi Dana Impak Ventures (GDIV) manakala Kumpulan Modal Perdana (KMP), sebuah VC tertumpu kepada teknologi.

GDIV merupakan sebahagian daripada Program Malaysia Masa Depan dilancarkan Khazanah, sebuah inisiatif di bawah mandat Dana Impak, dana kekayaan kedaulatan Malaysia bagi menyokong ekosistem syarikat pemula negara.

Ia merangkumi para usahawan, syarikat pemula, modal teroka dan program teroka korporat.

Vircle ditubuhkan pada Mac 2021 bertujuan memupuk tabiat kewangan dan perbankan dalam kalangan kanak kanak melalui aplikasi tersendiri sejak peringkat awal lagi.

Vircle ditubuhkan Gokula Krishnan Subramaniam dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan, produk, komersial, penyelesaian, serta jualan.

“Sehingga kini, Vircle telah bekerjasama dengan puluhan sekolah swasta dan antarabangsa di seluruh Malaysia.

“Dengan pembiayaan ini, Vircle berharap dapat memperluas perkhidmatannya ke sekolah-sekolah awam pula.

Pengasasnya, Gokula Krishnan Subramaniam berkata kad prabayar Visa kanak-kanak pertama di Malaysia, Vircle ini menawarkan ibu bapa sistem kewangan teratur untuk membantu membimbing anak-anak dalam mengendalikan persekitaran perbankan tanpa tunai dan digital sebagai permulaan pengenalan yang selamat.

Selain itu, Vircle dapat memudahkan urusan pengawasan perbelanjaan anak-anak secara terperinci tanpa sempadan, selain menanamkan sikap tanggungjawab dan celik kewangan.

"Misi kami adalah untuk membuka akaun bank bagi satu juta kanak-kanak Malaysia dan jumlah keseluruhan tiga juta kanak-kanak di seluruh Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kami akan mencapainya dengan terus berinovasi dalam kerjasama dengan ibu bapa dan pihak berkuasa yang disokong oleh pembiayaan dari pelabur kami seperti KMP dan GDIV," katanya.

Vircle ditubuhkan oleh Gokula Krishnan Subramaniam dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan, produk, komersial, penyelesaian, dan jualan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KMP, Yarham Yunus berkata pelaburan mereka akan mempercepatkan misi Vircle untuk mengubah literasi kewangan bagi kanak-kanak dengan memasukkan keupayaan analisis data.

“Saya sangat teruja apabila melihat jumlah pengguna dan transaksi meningkat dua kali ganda setiap tahun sepanjang dua tahun terakhir, membuktikan kerjasama ini mempunyai potensi yang besar,” jelasnya optimis.

Pengasas bersama dan Pengerusi Gobi, Thomas Tsao berkata di sebuah rantau di mana 160 juta kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan, Vircle muncul sebagai membawa penyelasaian dan harapan.

“Dengan penekanan pada pembangunan kemahiran pengurusan wang, Vircle dapat mengatasi jurang dalam sistem pendidikan dan isi rumah di seluruh Asia Tenggara,” tambah beliau.