KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti peraturan melalui pelaksanaan platform MyMudah bagi melonjakkan produktiviti, daya saing dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata melalui platform yang diusahakan MPC dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) tersebut, ekosistem perniagaan yang lebih kondusif dapat diwujudkan ke arah pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pelaburan berimpak tinggi di Terengganu.
"Pelaburan, sama ada domestik atau dari luar negara, memberi kesan yang signifikan kepada pendapatan negeri, peningkatan taraf sosioekonomi setempat dan penciptaan peluang pekerjaan baharu," katanya ketika berucap pada Persidangan MyMudah 2024 Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini, yang dirasmikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Zahid Ismail itu turut menyaksikan pelancaran Garis Panduan MyMudah dan Pelesenan Negeri Terengganu, Artificial Intelligence (AI) untuk MyMudah serta penyampaian Sijil Penubuhan Unit MyMudah.
Tengku Farok Hussin berkata selaras dengan hasrat MPC untuk membantu mewujudkan mekanisme yang lebih telus dalam proses pengurusan permit dan lesen, kerajaan negeri bersama-sama pihak berkuasa tempatan telah memberikan komitmen dalam projek penambahbaikan Garis Panduan Pelesenan Perniagaan yang dapat menyumbang ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kondusif di Terengganu.
Beliau berkata MyMudah bertindak sebagai platform untuk industri menyalurkan maklumat, cadangan, dan pandangan berkaitan isu-isu kerenah birokrasi dan beban peraturan yang tidak wajar.
"Kami sedia maklum bahawa terdapat banyak peraturan dan garis panduan di peringkat kerajaan negeri dan PBT yang perlu dipatuhi oleh peniaga. Justeru, melalui Unit MyMudah, industri boleh berhubung secara langsung dengan pihak berkuasa berkaitan serta bekerjasama dalam menyelesaikan isu dan cabaran peraturan perniagaan tanpa perlu melalui banyak kerenah birokrasi," katanya.
Beliau berkata ia sekali gus akan menambah baik penyampaian peraturan oleh pengawal selia dan agensi kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) agar lebih telus, cekap dan berkesan.
Tengku Farok Hussin berkata MyMudah juga membantu penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemudah cara perniagaan melalui pendekatan yang lebih bersepadu, berstruktur dan berasaskan bukti.
Dalam pada itu Zahid ketika berucap pada Majlis Penutupan Persidangan MyMudah 2024 Peringkat Negeri Terengganu berkata MPC menyeru agar platform MyMudah digunakan sepenuhnya bagi menyelesaikan isu dan cabaran dalam penyampaian peraturan perniagaan, yang seterusnya akan memberi kesan positif bukan sahaja kepada pemain industri malah kepada pengawal selia dalam melaksanakan peraturan dengan lebih cekap.
"Negeri mampu menarik lebih ramai pelabur berimpak tinggi apabila urusan dan operasi perniagaan dipermudahkan. MPC yakin pelaksanaan MyMudah di seluruh negara akan meningkatkan produktiviti dan daya saing yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan lebih baik dan sejahtera," katanya.
Terdahulu persidangan yang dihadiri 300 peserta daripada kerajaan negeri, PBT, kerajaan Persekutuan dan persatuan perniagaan hari ini menyaksikan Tengku Farok Hussin menerima Anugerah Tokoh Produktiviti atas kepimpinan dan komitmen beliau dalam memastikan urusan menjalankan perniagaan di Terengganu mudah dengan disokong dasar properniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali (dua, kiri) melakukan gimik perasmian Persidangan MyMudah 2024 Peringkat Terengganu. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil (kiri). - Bernama
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Platform MyMudah lonjakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu
Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti peraturan melalui pelaksanaan platform MyMudah.
Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB
Pada 2019, jumlah hutang yang dibayar ialah RM425.70 juta melalui pemotongan 25 peratus bayaran Wang Tunai Petroleum.
Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora
Daerah Kuala Terengganu dipilih untuk penilaian lanjut sebelum membentuk kerjasama dengan Alam Flora.
Terengganu sampaikan insentif lebih RM80,000 kepada pemenang pingat Sukan SEA Vietnam
Insentif melibatkan wang tunai RM4,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) dalam kategori individu.
Sijil vaksinasi palsu: Kerajaan Terengganu pantau, ambil tindakan penjawat awam
Kerajaan Negeri Terengganu akan memantau dan mengambil tindakan sekiranya terdapat penjawat awam negeri yang didapati memiliki sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu.
Program anak susuan patuh syariah di Terengganu bermula tahun hadapan
Pada peringkat permulaan kerajaan negeri mensasarkan 30 hingga 40 wanita untuk menjadi ibu susuan.
Penjawat awam diacu pisau, disamun ketika menunggu lif
Ketua Komunikasi Korporat sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu disamun dan diacu menggunakan pisau, malam tadi.