awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLKN 3.0 ikut acuan Malaysia, pupuk kemajmukan rakyat - Khaled Nordin

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
07/12/2024
07:30 MYT
PLKN 3.0 ikut acuan Malaysia, pupuk kemajmukan rakyat - Khaled Nordin
Mohamed Khaled (tengah) bergambar bersama graduan pada Majlis Graduasi (Puspahanas) 2024 di Auditorium Puspahanas hari ini. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tidak akan mengikut acuan atau format negara luar.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ini kerana format latihan yang direka berdasarkan ancaman serta risiko yang wujud di negara ini.
Tegasnya, PLKN 3.0 dilaksanakan mengikut kesesuaian dan kehendak Malaysia.
"Sesetengah negara, dia ada National Service kerana ancaman. Contoh, macam (ancaman) dihadapi Korea Selatan disebabkan Korea Utara.
"Kita, tiada ancaman sebegitu, cuma kita ada cabaran dari segi mahu memupuk masyarakat majmuk jadi kita ikut cara kitalah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di sini hari ini.
Ditanya sekiranya kejadian buli berpotensi untuk berlaku, beliau berkata, ekosistem PLKN 3.0 berbeza dengan pengajian ketenteraan di universiti meskipun membabitkan 70 peratus latihan asas ketenteraan.
"Kita ambil kira macam isu buli, mereka duduk bersama selama empat tahun kerana dia belajar di universiti.
"Mereka ditempatkan di tempat yang sama jadi memang selalu berjumpa jadi ekosistem di situ melibatkan (budaya) senior-junior.
"Manakala bagi PLKN yang dikelola Kementerian Pertahanan di kem wataniah di seluruh negara, kita ambil mereka yang tak dapat masuk Universiti dan latihan pula berlangsung selama 40 hari.
"Jadi saya percaya oleh kerana mereka takkan ada bersama, kemungkinan seperti buli dan dera mungkin tidak akan berlaku," ujarnya.
Topic Berkaitan
#plkn
#Kerajaan Madani
#Khaled Nordin
#isu buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan