MALAYSIA
PLUS aktifkan lencongan di persimpangan Bukit Gambir-Tangkak mulai 5 Ogos

PLUS memaklumkan lencongan jalan itu dibuat untuk kerja pembinaan jambatan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR).
JOHOR BAHRU: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan mengaktifkan lencongan jalan secara berperingkat di kilometer (KM) 166.79 hingga KM168.26 bagi kedua-dua arah di antara Persimpangan Bukit Gambir-Tangkak di Lebuhraya Utara-Selatan bermula dari 5 Ogos hingga 30 Dis ini.
Ringkasan AI
- PLUS akan melaksanakan lencongan jalan secara berperingkat di KM166.79 hingga KM168.26 bagi kedua-dua arah antara Persimpangan Bukit Gambir dan Tangkak di Lebuhraya Utara-Selatan dari 5 Ogos hingga 30 Disember.
- Lencongan ini bertujuan memberi laluan kepada kerja pembinaan jambatan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR).
- Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan, mematuhi arahan petugas dan papan tanda trafik, serta digalakkan menggunakan aplikasi PLUS atau menghubungi talian PLUSLine untuk maklumat trafik dan kecemasan.
Pengguna juga digalakkan merujuk aplikasi PLUS untuk maklumat trafik terkini dan menghubungi talian PLUSLine 1-800-88-0000 jika berlaku kecemasan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami