awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM adakan lawatan ke Brunei esok

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
23/01/2023
12:00 MYT
PM adakan lawatan ke Brunei esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sekitar jam 3.30 petang esok. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melakukan kunjungan hormat selama dua hari ke Brunei bermula esok.
Ini adalah lawatan rasmi luar negara beliau yang kedua sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sekitar jam 3.30 petang esok.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Anwar seterusnya dijadual menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada sebelah petang.
Beliau dalam masa sama juga akan menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pada hari kedua lawatan.
Dalam rangka lawatan itu, kedua-dua pemimpin akan membincangkan langkah untuk terus memperkukuhkan hubungan dua hala antara negara serta rancangan kerjasama masa hadapan.
Ini termasuk dalam sektor perdagangan yang mana kedua pemimpin bakal menyaksikan majlis menandatangani memorandum antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Perdagangan Brunei (BIA).
"Pertemuan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala serta meneroka peluang kerjasama baharu di dalam bidang berkepentingan bersama," memetik kenyataan Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada hari ini.
Pertemuan itu akan disusuli majlis persantapan diraja yang diketuai Sultan Hassanal.
Perdana Menteri dijangka disertai isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Zambry.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Brunei
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan