awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM aminkan doa sebelum menaiki kenderaan ke Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
21/10/2016
07:36 MYT
PM aminkan doa sebelum menaiki kenderaan ke Dewan Rakyat
Najib yang segak berbaju Melayu berwarna merah jambu tiba di Kementerian Kewangan pada kira-kira 3 petang dan turun 10 minit kemudian.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaminkan doa di Kementerian Kewangan di sini sebelum menaiki kenderaan untuk berangkat ke Dewan Rakyat bagi membentangkan Bajet 2017 hari ini.
Doa dibacakan Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat sejurus selepas perdana menteri turun dari pejabatnya selepas mengambil beg berisi teks ucapan Bajet 2017.
Najib yang segak berbaju Melayu berwarna merah jambu tiba di Kementerian Kewangan pada kira-kira 3 petang dan turun 10 minit kemudian.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Selepas bacaan doa selesai, perdana menteri bertolak ke bangunan Parlimen di ibu negara bagi membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.
Perdana menteri sebelum ini berkata Bajet 2017 akan mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan asas-asas ekonomi negara kekal cergas dan kukuh.
Intipati dalam bajet itu, akan termasuk dasar mengenai sasaran-sasaran defisit, langkah-langkah untuk memacu aktiviti ekonomi, serta usaha dalam memastikan sistem kewangan jangka panjang yang sihat.
Selain menyangkal andaian daripada beberapa pengulas bahawa Bajet 2017 akan menjadi bajet 'Pilihan Raya Umum', Najib turut berkata beliau akan mengumumkan sesuatu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan beberapa inisiatif lain pada pembentangan hari ini. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
##Bajet2017
#Bajet 2017
#Bajet2017
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan