PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi interaksi dengan 106 ketua perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara pada hari ini, di Putrajaya.
Sesi interaksi itu bertemakan 'Diplomasi dalam Dunia Globalisasi dari Lensa Malaysia MADANI'.
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), sesi interaksi itu merupakan pertemuan pertama Perdana Menteri dengan ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia.
Sesi itu akan melibatkan duta besar, pesuruhjaya tinggi, wakil tetap, konsul jeneral dan kuasa usaha sementara.
"Ia merupakan satu wadah untuk Perdana Menteri menyampaikan amanat dan aspirasi Kerajaan Perpaduan kepada ketua-ketua perwakilan dalam menjalankan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kepentingan Malaysia di persada antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Sesi itu juga memberi peluang kepada ketua-ketua perwakilan diplomatik untuk berinteraksi dengan Perdana Menteri berhubung isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan kepada Malaysia, terutamanya di negara tuan rumah masing-masing. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi interaksi dengan 106 ketua perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara pada hari ini, di Putrajaya. - Gambar fail BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.
DRR, isu Kampung Bharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR), punca kenaikan kes jenayah pinjaman wang tidak berlesen dan penipuan kewangan serta isu Kampung Bharu menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM
Seorang pelajar UUM dari Sabah bimbang tidak akan menerima biasiswa kerana ibunya belum mendapat taraf permastautin tetap (PR).
Pertimbangan ekonomi tidak kekang pendirian Malaysia dalam isu Gaza - PM Anwar
Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat akan terus menyuarakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa termasuk penindasan dan kezaliman di Gaza.
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Korea
Kunjungan Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.