BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan figura asing lagi di kalangan komuniti Islam khususnya di Selatan Thailand, di mana penduduk tempatan menaruh harapan tinggi terhadap beliau untuk membantu menyelesaikan konflik dan mewujudkan keamanan di wilayah mereka.
Prof Madya Dr Ibrahim Narongraksakhet dari Prince of Songkla University berkata Anwar memahami isu dan konflik (di Selatan Thailand) dengan lebih mendalam.
"Penduduk tempatan menaruh harapan tinggi yang beliau dapat membantu mewujudkan keamaman di Selatan Thailand dan sekaligus meningkatkan pembangunan, perdagangan dan ekonomi di kawasan utara Semenanjung dan empat wilayah di Selatan Thailand," katanya kepada Bernama apabila ditanya mengenai pandangan beliau akan setahun Kerajaan Madani pimpinan Anwar memerintah Malaysia.
Selain itu, Ibrahim berkata perjumpaan Anwar dan rakan sejawatnya dari Thailand Srettha Thavisin di Sadao, Songkhla baru-baru ini merupakan satu petanda baik untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Thailand.
"Ini merupakan kali ketiga kedua-dua pemimpin berjumpa. ini menandakan kedua-dua perdana menteri komited untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan projek-projek kesalinghubungan Malaysia-Thailand, khususnya di sempadan," katanya.
Anwar dan Srettha yang memegang jawatan Perdana Menteri sejak September tahun ini telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali termasuk lawatan rasmi Srettha ke Malaysia pada 11 dan 12 Oktober lepas.
Sementara itu, Pengarah Institut Pengajian Asia Timur Universiti Thammasat Kampus Rangsit Penolong Prof Dr Chaiwat Meesanthan berkata Anwar berdepan cabaran sengit dalam mengemudi Kerajaan Madani berikutan keadaan geopolitik dunia semasa.
Sambil memberi contoh, beliau berkata ketidakstabilan ekonomi dunia, konflik Rusia-Ukraine dan Palestin-Israel antara punca menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia termasuk Malaysia.
"Rakyat mahu kerajaan pimpinan Anwar membangunkan ekonomi negara dan mengurangkan kos sara hidup. Namun, Kerajaan Madani berhadapan tugas sukar menyelesaikan isu-isu ekonomi negara berikutan cabaran pasaran global," katanya kepada Bernama.
Setahun pentadbiran Malaysia di bawah pimpinan Anwar, Chaiwat berkata Malaysia kini jelas lebih stabil.
Namun begitu, beliau berkata Anwar dilihat lebih berhati-hati dalam melaksanakan dasar pada tahun pertama menggalas tugas sebagai perdana menteri.
"Beliau berdepan cabaran sengit berbanding perdana-perdana menteri sebelum ini kerana terpaksa menjaga hati semua parti politik dalam kerajaan perpaduannya ketika pelaksanaan dasar demi memastikan kestabilan politik negara.
"Setiap parti politik (dalam gabungan) mempunyai polisi dan ideologi berbeza. Sehubungan itu, Anwar lebih berhati-hati untuk memastikan gabungan itu kekal kukuh," katanya.
"Anwar tidak asing lagi di kalangan pemimpin-pemimpin di Selatan Thailand. Beliau merupakan seorang pemimpin yang paling memahami keadaan di Selatan Thailand. Namun, buat masa ini, beliau terpaksa memberi tumpuan dalam negara (Malaysia) berbanding isu dan masalah luar negara seperti di Selatan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
Sidang media bersama Anwar Ibrahim dan Srettha Thavisin di Perdana Putra, Putrajaya, sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Thailand itu ke Malaysia, 11 Okt lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.