BANGKOK: ASEAN harus mengambil usaha yang koheren dan bersepadu sebagai badan serantau dalam menyelesaikan krisis Rohingya di Myanmar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata beliau telah berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha dalam pertemuan mereka semalam.
"Saya merayu kepada perdana menteri (Prayuth), walaupun Thailand mempunyai isu mereka sendiri berhubung sempadan. Kita menghadapi masalah yang sama.
"Ada 200,000 pelarian (di Malaysia) dan amat sedikit yang boleh kami lakukan, kecuali meneruskan apa yang dipanggil penglibatan konstruktif dengan junta Myanmar.
"Malaysia mempunyai bilangan pelarian Burma paling ramai. Bagaimanapun, apa yang dapat kami lakukan amat terhad, kerana kami adalah sebuah negara kecil.
"Ada kebimbangan mengenai isu kemanusiaan, tetapi (kami) mencadangkan agar ASEAN mengambil usaha yang koheren dan bersepadu bersama-sama sebagai sebuah badan serantau," katanya pada persidangan media bersama pada Khamis.
Anwar berkata Prayuth berada di kedudukan yang lebih baik bagi menyuarakan kebimbangan rantau ini mengenai Myanmar.
Menurutnya beliau telah berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya di Brunei dan Singapura semasa lawatan rasminya ke negara berkenaan.
"Bagaimanapun saya boleh dianggap 'junior' dalam perkara ini, dan pemimpin (kanan) perlu menyelesaikan isu ini dengan lebih efektif, sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah pelarian.
"Jika kita tidak dapat menyelesaikannya, kita juga yang terpaksa menanggung bebannya," katanya.
Sementara itu Anwar berkata Malaysia dan Thailand akan meningkatkan kolaborasi dalam keterjaminan makanan dan pendigitalan.
"Malaysia mungkin cemerlang dalam aspek getah dan minyak sawit sebelum ini, namun dari segi keterjaminan makanan, seperti makanan sedia dimakan (MRE), dan juga tenaga - Thailand lebih maju.
"Kita boleh berkongsi pengalaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Anwar berkata beliau telah berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha dalam pertemuan mereka semalam. -Gambar fail/Bernama
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.