awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar gulung Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini

Bernama
Bernama
19/09/2023
03:44 MYT
PM Anwar gulung Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada 4.30 petang ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada 4.30 petang ini.
"Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu dan insya-Allah saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini," katanya dalam catatan menerusi Facebook hari ini.
KSP RMK12 dibentangkan Perdana Menteri pada 11 Sept lepas bermatlamatkan "Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi", dengan memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi menghasilkan keberhasilan yang disasarkan.
KSP RMK12 ialah jaminan teguh kerajaan dalam memenuhi tuntutan reformasi yang diharapkan rakyat, sekali gus memaknai semangat Malaysia MADANI.
Sesi perbahasan usul KSP RMK12 berlangsung selama tiga hari bermula 12 Sept lepas dan disusuli dengan penggulungan oleh kementerian berkaitan selama dua hari bermula semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Kajian Separuh Penggal
#Rancangan Malaysia Ke-12
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan