awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar harap tempoh gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan

Seth Akmal
Seth Akmal
29/04/2025
11:00 MYT
PM Anwar harap tempoh gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan
Anwar (kanan) melihat model rumah mampu milik pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Malaysia telah mengemukakan rayuan agar tempoh gencatan senjata perang saudara di Myanmar yang sepatutnya berakhir pada 30 September dilanjutkan.

Ringkasan AI
  • Malaysia telah merayu kepada Myanmar untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata perang saudara yang sepatutnya berakhir pada 30 September.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan gencatan senjata untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan tanpa diskriminasi.
  • Lebih 500 pesakit luar telah menerima rawatan di Hospital Medan Malaysia di Sagaing, Myanmar, susulan gempa bumi kuat pada 28 Mac.

Menurut Anwar, beliau telah mengemukakan permintaan tersebut kepada Perdana Menteri Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar Mahn Win Khaing Than.
"Kami telah merayu kepada kedua-dua pihak untuk mengatakan bahawa gencatan senjata adalah penting untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan," katanya.
Tambah beliau, bantuan kemanusiaan harus disalurkan tanpa sebarang diskriminasi ke atas mana-mana pihak.
"Bantuan kemanusiaan diberikan kepada semua, tidak sepatutnya ada sebarang diskriminasi seperti yang dipersetujui.
"Jadi kami telah menghantar satu lagi rayuan untuk melanjutkan gencatan senjata, pastikan ia dihormati, ini kerana jika tidak rakyat akan menderita," kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan Rumah Belia Madani (RBM) dan Rumah Mampu Milik (RMM) di Mukim Batu, di sini, hari ini.
Lebih 500 pesakit luar telah menerima rawatan di Hospital Medan Malaysia (HMM) kendalian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang beroperasi di daerah Sagaing, Myanmar, susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan junta Myanmar dilaporkan bersetuju melanjutkan tempoh gencatan senjata susulan gesaan daripada pertubuhan bantuan kemanusiaan dan pengantara antarabangsa yang mahu ruang masa tambahan untuk mengurus bantuan pasca bencana.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Anwar Ibrahim
#bantuan kemanusiaan
#gempa bumi
#gencatan senjata
#Kerajaan Perpaduan
#Malaysia
#Myanmar
#Perdana Menteri
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan