awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar luang masa ziarah keluarga Fadhlina

Bernama
Bernama
16/06/2024
08:24 MYT
PM Anwar luang masa ziarah keluarga Fadhlina
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa lebih sejam bagi menziarahi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang kehilangan ibu beliau Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pagi tadi. - Foto FB Anwar Ibrahim
KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa lebih sejam bagi menziarahi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang kehilangan ibu beliau Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pagi tadi.
Anwar yang tiba di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Bangi pada pukul 12.55 tengah hari ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perdana Menteri kemudian menyertai kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah yang diimamkan anak kelima Allahyarhamah iaitu Hazim Faizi Siddiq.
Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina mengesahkan bahawa Siti Zalikhah, 75, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi.
Sementara itu, Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook mengucapkan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas pemergian ibunya.
"Ternyata pemergian ini cukup mengesankan tatkala keluarga kami punyai hubungan yang cukup akrab," katanya.
Anwar turut mendoakan roh Allahyarhamah Siti Zalikhah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#ziarah
#Fadhlina Sidek
#Siti Zalikhah Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan