NATIONAL
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi

Hasrat itu dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dikembangkan sebagai produk penting dalam sektor ekonomi kewangan Islam.
- Tumpuan kini banyak diberikan kepada produk dan pensijilan halal, tetapi keupayaan Malaysia dalam produk kewangan Islamik seperti sukuk perlu ditingkatkan.
- Perdana Menteri juga menyentuh Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) dan Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) dalam mesyuarat Kabinet.
"Namun, kejayaan dan keupayaan Malaysia untuk membangunkan produk kewangan yang bersifat Islamik ini perlu kita berikan tumpuan pada masa depan.
"Ini kerana kita tahu dan sedar produk kewangan seperti sukuk bukan hanya diminati tetapi sudah pasti pasarannya besar. Kita perlu beri fokus kepada aspek ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri turut menyentuh dan memberi pandangan mengenai beberapa perkara seperti Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) dan Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) dalam mesyuarat hari ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami