Skip to main content

Malaysia

PM Anwar menghadap Sultan Selangor, sembah maklum isu pembangunan negeri

FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyembah maklum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai beberapa perkara termasuk isu semasa berkaitan pembangunan negeri itu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyembah maklum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai beberapa perkara termasuk isu semasa berkaitan pembangunan negeri itu.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata perkara itu disembah maklum ketika beliau menghadap Sultan Sharafuddin.

“Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj atas perkenan menerima patik menghadap.

“Dalam pertemuan ini, saya telah menyembah maklum terkait beberapa perkara termasuk isu-isu semasa membabitkan pembangunan negeri Selangor,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan seluruh Kerabat Diraja Selangor sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Dirgahayu Tuanku,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement