awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar nasihat calon SPM tenang, yakin kemampuan diri

Bernama
Bernama
25/11/2025
08:49 MYT
PM Anwar nasihat calon SPM tenang, yakin kemampuan diri
Anwar berkata kerajaan melalui KPM dan pihak berkaitan telah siap siaga bagi memastikan setiap calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat, tersusun dan terjaga. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk di kawasan terjejas banjir untuk menghadapi peperiksaan itu dengan tenang dan yakin terhadap kemampuan diri.
"Semoga usaha, doa dan ketabahan kalian mampu membuka pintu kejayaan yang lebih besar untuk masa depan," katanya menerusi hantaran di X hari ini.
Anwar berkata kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak berkaitan telah siap siaga bagi memastikan setiap calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat, tersusun dan terjaga.
Pada hantaran itu, Perdana Menteri berkongsi video tinjauan hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11(1) yang melibatkan 228 calon oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Kepada semua calon, termasuk di negeri-negeri yang sedang berdepan situasi banjir, hadapilah peperiksaan SPM sehingga 23 Disember ini dengan tenang dan yakin pada kemampuan diri. Semoga usaha, doa dan ketabahan kalian membuka pintu kejayaan yang lebih besar untuk masa depan. https://t.co/X49OHkpSWl
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 25, 2025
Peperiksaan bertulis SPM 2025 bermula hari ini dengan Bahasa Melayu Kertas 1 melibatkan 413,372 calon mendaftar di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Peperiksaan SPM berlangsung sehingga 23 Dis.
Setakat pagi tadi, lapan negeri terjejas banjir, iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPM 2025
#banjir 2025
#Anwar Ibrahim
#Bahasa Melayu Kertas 1 untuk SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan