awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar rai kunjungan tokoh Al-Azhar di Seri Perdana

Bernama
Bernama
16/12/2022
16:00 MYT
PM Anwar rai kunjungan tokoh Al-Azhar di Seri Perdana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan kunjungan Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel, tokoh dari Universiti Al-Azhar, Mesir di Seri Perdana, Putrajaya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan kunjungan Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel, tokoh dari Universiti Al-Azhar, Mesir di Seri Perdana, Putrajaya.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, Anwar berkata pertemuan itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Na'im Mokhtar.
Beliau berkata mereka sempat berbincang perihal pendidikan tinggi Islam khususnya pengukuhan jalinan hubungan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar yang kini menempatkan 6,204 pelajar negara ini.
Selari dengan kuliah Jamal Farouk bertajuk 'Peranan Akhlak dalam Pembinaan Negara' semasa kunjungan itu, Perdana Menteri menekankan bahawa adalah menjadi misi pentadbiran beliau untuk menjelmakan nilai akhlak dalam tata laksana kenegaraan.
Alhamdulillah, hari ini saya telah berkesempatan meraikan kunjungan Syekh Jamal Farouk Jibreel dari Universiti Al Azhar...
Posted by Anwar Ibrahim on
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#tokoh Al-Azhar
#Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel
#Seri Perdana
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan