PM Anwar rasmi UTC Seberang Perai, beri manfaat lebih sejuta penduduk sekitar

Anwar (enam, kanan) bergambar selepas merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, Butterworth, pada Sabtu. -Gambar Bernama
BUTTERWORTH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, Butterworth.
Ringkasan AI
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, Butterworth telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manfaat kepada 1 juta penduduk sekitar Seberang Perai, Selatan Kedah, dan Utara Perak.
- UTC kedua di Pulau Pinang dan ke-24 di Malaysia menekankan prinsip kecekapan, keselesaan, dan kemesraan pengguna, serta menempatkan pelbagai agensi kerajaan seperti JIM, JPJ, JPN, LHDN, PDRM, klinik pergigian, dan SPA.
- Penduduk Pulau Pinang menyambut baik kehadiran UTC baharu ini kerana menyediakan kemudahan berpusat untuk menyelesaikan urusan dengan cepat dan mudah tanpa perlu berulang alik ke tempat lain.
UTC yang terletak di hab pengangkutan bersepadu mengintegrasikan kereta api, bas, feri, dan teksi itu dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) mengikut garis panduan Kementerian Kewangan (MOF) hasil kerjasama strategik di antara MOF dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ia menempatkan Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), klinik kesihatan pergigian, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan beroperasi setiap hari, Isnin hingga Ahad, dari jam 8 pagi hingga 9 malam.
Selain itu, turut disediakan Kiosk Madani yang beroperasi 24 jam, menawarkan perkhidmatan enam agensi secara layan diri, termasuk JPJ, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan MyDigital ID.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa kira-kira sejam melawat kaunter-kaunter agensi kerajaan di UTC berkenaan.
Sementara itu, rakyat Pulau Pinang yang ditemui menyambut baik pembukaan UTC kedua di negeri ini. Kakitangan swasta, Noor Ermi Yantul Nazrin Mohd Zainal,32, berkata perkhidmatan kaunter berpusat seperti ini amat diperlukan penduduk di kawasan Seberang Perai.
Malah, menurutnya, dengan pembukaan UTC ini, penduduk sekitar tidak lagi perlu ke Sungai Petani, Kedah atau ke Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di George Town.
“Ambil cuti sehari, dapat selesaikan semua urusan. Banyak kemudahan, tak perlu pergi banyak tempat,” katanya.
Pandangan sama turut disuarakan Mohamad Nizam Abdullah, 53, yang menyifatkan suasana di UTC amat selesa dan tidak sesak.
“Tak perlu ke balai atau pejabat berasingan, semua ada di sini. Urusan jadi cepat dan mudah,” ujarnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah penduduk yang dijangka mendapat manfaat daripada pembukaan UTC di Penang Sentral, Butterworth? A: 1 juta penduduk sekitar Seberang Perai, Selatan Kedah, dan Utara Perak dijangka mendapat manfaat daripada pembukaan UTC di Penang Sentral, Butterworth.
- Q: Siapakah syarikat yang terlibat dalam pembinaan UTC di Penang Sentral, Butterworth? A: Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) terlibat dalam pembinaan UTC di Penang Sentral, Butterworth.
- Q: Apakah jabatan-jabatan kerajaan yang terdapat di dalam UTC di Penang Sentral, Butterworth? A: Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), klinik kesihatan pergigian, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terdapat di dalam UTC di Penang Sentral, Butterworth.
- Q: Berapakah tempoh operasi UTC di Penang Sentral, Butterworth setiap hari? A: UTC di Penang Sentral, Butterworth beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 9 malam.
- Q: Apakah agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan di Kiosk Madani UTC di Penang Sentral, Butterworth? A: Enam agensi kerajaan, iaitu JPJ, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan MyDigital ID menyediakan perkhidmatan di Kiosk Madani UTC di Penang Sentral, Butterworth.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

