awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerapan nilai tasawuf dalam pendidikan selari dengan cabaran teknologi - TPM Fadillah

Bernama
Bernama
08/11/2025
12:30 MYT
Penerapan nilai tasawuf dalam pendidikan selari dengan cabaran teknologi - TPM Fadillah
Fadillah (tengah) menerima cenderahati buku daripada Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Datuk Ahmad Azam Ab Rahman pada Seminar Fikrah Siddiq Fadzil peringkat Sarawak 2025, hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Cadangan memperkenalkan semula pendidikan tasawuf berasaskan nilai murni dalam sistem pendidikan negara wajar dipertimbangkan bagi membentuk masyarakat beretika dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran era teknologi serta kecerdasan buatan (AI).

Ringkasan AI
  • Cadangan memperkenalkan semula pendidikan tasawuf berasaskan nilai murni dalam sistem pendidikan negara untuk membentuk masyarakat beretika dan bertanggungjawab di era teknologi dan kecerdasan buatan.
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan bincang dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kesesuaian untuk memasukkan pendidikan tasawuf semula dalam kurikulum atau sukatan pelajaran sedia ada.
  • Pentingnya pengenalan semula unsur pendidikan tasawuf bagi memahamkan generasi muda akan masyarakat majmuk berlainan agama di negara serta kesan tindakan yang dilakukan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bagi melihat kesesuaian untuk dimasukkan semula dalam kurikulum atau sukatan pelajaran sedia ada.
"Kita sedang merangka semula kurikulum dan sukatan pelajaran, jadi ini masa yang sesuai (untuk meneliti cadangan itu) sebab cabaran sekarang datang dengan teknologi, khususnya AI.
"Kita perlu menanamkan etika dan nilai kepada masyarakat kerana walaupun ada teknologi, kita mesti bertanggungjawab berpaksikan nilai negara dan nilai kemanusiaan dalam Malaysia itu sendiri," katanya kepada pemberita di Seminar Fikrah Siddiq Fadzil 2.0 Peringkat Sarawak 2025 di sini hari ini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata pengenalan semula unsur pendidikan tasawuf penting bagi mendidik generasi muda memahami masyarakat majmuk yang berlainan agama di negara ini serta kesan daripada setiap tindakan yang dilakukan.
"Kita mahu anak-anak ini diasuh dari awal supaya mereka faham nilai budaya yang sesuai dengan latar belakang masyarakat kita yang berbeza-beza. Apa yang kita buat ada implikasi, dan itu yang perlu difahami," katanya.
Beliau berkata sekiranya subjek tasawuf itu tidak dapat diperkenalkan secara formal, ia masih boleh dijadikan sebahagian daripada kokurikulum atau program pembangunan sahsiah pelajar di sekolah.
"Biasanya kita akan memperkenalkan subjek ini bermula dari sekolah rendah hingga menengah, tetapi kalau tidak secara formal pun, ia patut dijadikan tumpuan dalam program lain bagi menyemai nilai sesuai dengan budaya dan latar belakang negara," katanya.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Fadillah berkata kekuatan sebenar negara terletak pada keupayaan memanusiakan masyarakat melalui nilai kasih sayang, keadilan dan ilmu, bukan sekadar kemajuan fizikal semata-mata.
Beliau berkata gagasan Malaysia MADANI menekankan pembangunan bersepadu yang bukan sahaja mengutamakan kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kesejahteraan moral dan spiritual rakyat.
"Di Sarawak, kepelbagaian kaum, agama dan budaya hidup harmoni membuktikan bahawa kesatuan sebenar lahir daripada saling menghormati dan memuliakan perbezaan. Ini asas yang perlu diterapkan dalam setiap aspek pendidikan dan pembangunan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#spiritual rakyat
#pembangunan rakyat
#sukatan pelajaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan