KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kelompok anggota dalam bidang perundangan negara agar terus menyokong inisiatif kerajaan menginstitusikan tadbir urus yang baik.
Beliau berkata inisiatif itu boleh diperkukuh dengan menyokong ketelusan dan memperkukuh usaha semasa kerajaan untuk memastikan mereka dengan kawalan penuh ke atas tampuk kuasa, bertanggungjawab terhadap setiap penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah yang dilakukan.
"Tidak dinafikan bekerja keras untuk kebaikan masa depan adalah penting, tetapi yang sama pentingnya ialah untuk membawa pelaku rasuah di masa lepas ke muka pengadilan.
"Jika mereka diberi kebebasan tanpa akauntabiliti, ia umpama memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukan penyalahgunaan kuasa pada masa depan.
"Kita perlu melihat demonstrasi semangat hebat (dalam membanteras perbuatan ini) daripada Badan Peguam Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucap tama pada Persidangan Undang-undang Malaysia Antarabangsa (IMLC) 2023 di sini hari ini.
Menurut Anwar, ini adalah intipati akauntabiliti demokrasi, bahawa kita bukan sahaja bertanggungjawab, tetapi mesti juga dilihat bertanggungjawab, dan ini juga adalah ciri-ciri utama keadilan.
Dalam perkara ini, saya teringat kepada amanat Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah semasa menaiki takhta pada 1989 sebagai Yang di-Pertuan Agong, yang telah berikrar 'untuk memerintah Malaysia dengan penuh keadilan berdasarkan Undang-undang dan Perlembagaan Negara...untuk menegakkan undang-undang dan menjamin keamanan negara'," katanya.
Merujuk kepada kedaulatan undang-undang, Anwar berkata ia tidak boleh dilihat daripada prisma teori perundangan semata-mata kerana prinsip seperti itu tidak dapat direalisasikan jika orang ramai, atau mereka yang menghadapi kekangan sumber ekonomi, tidak mendapat akses kepada keadilan.
"Dalam hal ini, saya memuji Badan Peguam Malaysia atas usaha gigih mereka dalam menyediakan Bantuan Guaman, melalui skim yang ditubuhkan lebih 40 tahun lepas," katanya.
Anwar berkata memandangkan profesion undang-undang adalah penting untuk pentadbiran keadilan dan memudahkan aktiviti ekonomi, adalah menjadi harapan beliau agar peguam di Malaysia meneruskan usaha bagi memartabatkan profesion undang-undang dan menjadi satu mercu tanda keadilan, untuk rantau ini dan seluruh dunia.
Perdana Menteri juga berkata "bersikap adil dan saksama" adalah salah satu ciri utama kebebasan kehakiman.
Perdana Menteri berkata apabila berbicara mengenai kebebasan badan kehakiman, tidak perlu berdolak-dalik lagi.
Beliau berkata ia bermakna bahawa "badan kehakiman seharusnya memberi keputusan mengenai perkara-perkara yang dirujuk kepada mereka secara saksama, berdasarkan fakta dan mengikut undang-undang, tanpa sebarang sekatan, pengaruh tidak wajar, dorongan, tekanan, ancaman atau campur tangan....".
Dalam erti kata lain, katanya badan kehakiman yang bebas, tidak berat sebelah, dan cekap; adalah asas kepada kedaulatan undang-undang dan meyakinkan orang ramai.
"Kita boleh katakan ia adalah benteng keadilan itu sendiri," katanya.
Beliau seterusnya berkata di atas kertas ia memang kedengaran mudah, namun dari sudut empirikal, melihat kembali kepada tahun-tahun tertentu pada masa lepas, kebebasan seperti itu mungkin tidak begitu jelas.
"Disebabkan pelanggaran prinsip pengasingan kuasa secara terang-terangan oleh mereka yang memegang tampuk kuasa tidak lama dahulu, kita telah menyaksikan serangan ketara dan ganas terhadap badan kehakiman," katanya.
Anwar berkata kemuncaknya adalah kemerosotan proses keadilan itu sendiri, khususnya dalam kes-kes melibatkan ahli politik yang telah menimbulkan ancaman serius kepada pihak yang memegang tampuk kuasa ketika itu.
Beliau berkata apabila diugut oleh personaliti terbabit, akibatnya hakim-hakim tertentu membuat keputusan kehakiman yang benar-benar menyimpang daripada unsur-unsur keadilan dan cetusan hati nurani yang baik.
"Bagaimanapun berdiri saya di sini hari ini, saya boleh katakan dengan pasti, bahawa sejak saya memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, bahawa bukan sahaja saya tidak menceroboh walau sejengkal pun institusi kehakiman ini, malah saya akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun, kebebasan badan kehakiman.
"Dalam perkara ini, saya harus memuji Ketua Hakim Negara kita Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun (Tuan Mat) atas peranannya yang berani dalam mengukuhkan kepercayaan kita terhadap Badan Kehakiman.
"Maksud saya disebabkan pendirian teguhnya mengenai kebebasan badan kehakiman serta para hakim secara keseluruhnya dalam menghadapi serangan bertalu-talu, hasrat untuk melihat kebebasan kehakiman yang berterusan kelihatan semakin bertambah cerah dan amat menjanjikan yang terbaik," kata Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Anwar (kiri) ketika sesi dialog bersama moderator Christopher Leong pada Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa 2023 hari ini. --fotoBERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).