awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi

Bernama
Bernama
28/02/2023
08:24 MYT
PM Anwar terima kunjungan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang berada di negara ini sempena lawatan kerja tiga hari bermula Ahad, di Perdana Putra, di sini.
Anwar dan Tawfiq mengadakan pertemuan kira-kira satu jam di Pejabat Perdana Menteri, yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Semalam, Mohd Na'im dalam pertemuannya bersama Tawfiq telah menyampaikan hasrat Malaysia kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan, selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.
Kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini ialah 31,600.
Tawfiq dalam lawatan kerja ke Malaysia turut menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, atas sumbangan besar beliau dalam penyelarasan haji dan umrah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
#Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah
#kuota haji Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan