awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima panggilan telefon Ketua Hamas, nyata komitmen Malaysia bantu rakyat Palestin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
17/10/2023
01:45 MYT
PM Anwar terima panggilan telefon Ketua Hamas, nyata komitmen Malaysia bantu rakyat Palestin
Gambar fail menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Ismail Haniyeh ketika kedua-dua mereka mengadakan pertemuan sebelum ini. - Gambar Facebook ANWAR Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Anwar berkata, beliau menyokong untuk menghentikan segera pengeboman Israel di Gaza serta penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir.
"Israel perlu meninggalkan kepatuhan mereka kepada politik perampasan, serta-merta gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mengejar resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan.
"Adalah penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis ini," katanya pada Selasa.
Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia turut menyatakan komitmen menyampaikan bantuan kemanusiaan khususnya makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin.
Serangan pengeboman Zionis Israel sejak 10 hari lalu menyebabkan seramai 2,670 rakyat Palestin maut termasuk 750 kanak-kanak.
Memetik laporan media antarabangsa, jumlah mangsa yang cedera pula meningkat kepada 9,600 orang.
Keadaan di Gaza semakin buruk dengan bekalan air, makanan, elektrik, ubat-ubatan juga tidak mencukupi untuk menampung 2.3 juta penduduk Palestin.
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Ketua Hamas
#Ismail Haniyeh
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan