awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tiba di Kaherah untuk lawatan kerja dua hari

Bernama
Bernama
22/10/2023
21:10 MYT
PM Anwar tiba di Kaherah untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri disambut Menteri Pertanian dan Penebusgunaan Tanah Mesir Mohamed El-Quseir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. - Foto BERNAMA
KAHERAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad bagi lawatan kerja dua hari ke Mesir.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (Presidential Lounge) pada 8.16 malam waktu tempatan (1.16 pagi, 23 Okt waktu Malaysia).
Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Perdana Menteri disambut Menteri Pertanian dan Penebusgunaan Tanah Mesir Mohamed El-Quseir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Khairul Firdaus Akbar Khan, Duta Besar Malaysia ke Mesir Zamani Ismail dan pegawai Malaysia di Kaherah.
Anwar turut dijadual menghadiri sesi perjumpaan bersama diaspora dan pelajar Malaysia di Mesir.
Hari ini Anwar dijadual menghadap Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya.
Perdana Menteri turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Ini merupakan lawatan julung kali Anwar ke Mesir dan pertemuan pertama dengan El-Sisi sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lepas.
Awal Ahad, Anwar mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Turki yang menyaksikan beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan antara lain mengenai kebimbangan yang semakin meningkat mengenai isu Palestin-Israel.
Pada Sabtu Anwar menamatkan lawatan kerja dua harinya ke Riyadh, Arab Saudi dengan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang pertama kali diadakan sejak kedua-dua blok rantau itu menjalinkan hubungan pada 1990.
Mesir adalah rakan dagang Malaysia ketiga terbesar di rantau Afrika Utara dengan nilai dagangan AS$1.08 bilion tahun lepas, meningkat 24.8 peratus berbanding 2021.
Malaysia dan Mesir menjalin hubungan diplomatik pada 10 Nov 1959.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan kerja
#Kaherah
#Abdel Fattah el-Sisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan