KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa di sini malam ini selepas melakukan lawatan rasmi dua hari di Indonesia.
Pesawat membawa pemimpin nombor satu negara itu tiba pada 9.41 malam dan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick juga Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan serta Setiausaha Agung Parti Warisan Datuk Loretto Padua Jr.
Anwar dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden UMNO, dijadual menghadiri majlis bersama pemimpin negeri Sabah di sebuah hotel sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Jumaat lepas, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.
Bagaimanapun pada Sabtu, lima wakil rakyat BN menyatakan pendirian menyokong Hajiji dan merupakan antara 44 ADUN yang didakwa masih memberikan sokongan kepada beliau sebagai Ketua Menteri serta mengekalkan kerajaan negeri ketika ini.
DUN Sabah mempunyai 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam yang dilantik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada media sewaktu tiba di sebuah hotel untuk mengadakan perjumpaan bersama pimpinan negeri Sabah malam ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
Kerajaan MADANI berada pada landasan betul dengan dasar yang jelas - TPM
Kerajaan MADANI berada pada landasan yang betul dalam mentadbir negara dengan dasar yang jelas, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
PM Anwar hargai usaha, semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa.
PM sifatkan pemimpin guna sentimen perkauman sebagai golongan dangkal
Perdana Menteri berkata golongan ini turut mencerminkan sikap mereka yang berfikiran sempit dan berniat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN - PM Anwar
Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan.